Harian Metro

Kesian cikgu cun

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

 Guru tadika tunggu bas cedera disamun dua lelaki

Dasar lelaki dayus. Itu tindakan seorang penjenayah yang tergamak mengelar tangan seorang wanita, selain menendang perut dan menumbuk kepala mangsa hanya kerana wang tunai RM5.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang juga guru tadika di Wangsa Melawati menunggu bas sebelum didekati seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Mangsa, Nur Arlina Najwa Abdul Razak, 20, berkata, dia mula curiga tindak tanduk suspek berikutan ketika itu berada bersendiri­an di lokasi berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu tiba-tiba menumbuk kepalanya dengan kuat hingga menyebabka­n dia terjatuh.

“Entah dari mana muncul seorang lagi lelaki dari arah belakang dan menghalang pergerakan saya, selain turut mengacukan pisau ke leher,” katanya, semalam.

Nur Arlina berkata, dia tidak mampu melawan atau menjerit meminta tolong berikutan pisau diacukan dilehernya.

“Seorang penjenayah kemudian cuba merampas beg tangan saya. Namun saya cuba melawan sebelum lelaki itu menumbuk perut saya.

“Saya tidak dapat menahan kesakitan dan terpaksa melepaskan­nya. Mereka kemudian membawa lari beg dan meninggalk­an saya dalam keadaan kesakitan.

“Ketika itu baru saya sedar jari kelengkeng dan jari manis tangan kiri cedera dikelar dua lelaki terbabit,” katanya.

Dia yang kini beransur pulih berkata, di dalam beg berkenaan hanya ada wang tunai RM5, namun MyKad, kad Pengeluara­n Bank Automatik (ATM) dan buku bank turut dilarikan mereka.

“Saya berharap polis dapat menangkap penjenayah kerana mereka berbahaya dan tidak berhati perut,” katanya.

 ??  ?? NUR Arlina Najwa cedera pada jari akibat dikelar penjenayah.
NUR Arlina Najwa cedera pada jari akibat dikelar penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia