Harian Metro

Pendaki bantah bukit dipagar

-

Ampang: Seramai kira-kira 100 pendaki berkumpul di kaki Bukit Kembara, Jalan 1, di sini pagi semalam, bagi membantah pembinaan pagar yang menghalang laluan masuk ke bukit berkenaan bagi tujuan rekreasi.

Pendaki mendakwa, ada pihak yang sengaja menebang pokok dan menggunaka­n pokok berkenaan untuk menutup trek rekreasi.

Sunny Low, 64, yang mewakili kumpulan berkenaan mempersoal­kan tindakan menutup laluan masuk ke bukit itu sedangkan mereka hanya beriadah bersama keluarga.

“Lebih 30 tahun kami mendaki bukit ini untuk rekreaksi. Kebanyakan pendaki membabitka­n pelbagai kaum dan umur.

“Kami kecewa dengan tindakan itu kerana lokasi ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk bersenam, malah ada satu air terjun di atas bukit yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu,” katanya yang ditemui ketika membantah pembinaan pagar itu.

Seorang lagi pendaki, Khairul Bariah Mohamed @ Hamzah, 40, berkata, dia menghabisk­an masa mendaki bukit berkenaan untuk bersenam dan menikmati keindahan alam di Bukit Kembara, setiap minggu.

“Saya tidak tahu sama ada kawasan ini tempat larangan atau sebaliknya berikutan ramai yang mendaki.

“Hari ini saya terkejut kerana dimaklumka­n laluan masuk ke Bukit Kembara ditutup pihak tertentu. Saya tidak tahu mengenai situasi sebenar, namun kecewa dengan tindakan ini,” katanya.

Wakil Persatuan Penduduk Taman Abdul Razak, Azlan Shairi Asidin berkata, pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan penutupan laluan ke bukit berkenaan seperti dakwaan pendaki.

“Saya difahamkan, ada satu empangan besar di atas bukit yang dikendalik­an Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) manakala hutan di sekitar bukit itu di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM).

“Saya dimaklumka­n hutan ini dikategori­kan Hutan Tertutup oleh JPSM. Selain itu, kebimbanga­n juga timbul jika berlaku hakisan akibat sebarang aktiviti di bukit itu boleh memberi risiko empangan pecah.

“Saya difahamkan, memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Azlan berkata, pihak berkuasa sebelum ini pernah meletakkan papan tanda larangan, selain menutup laluan masuk. Bagaimanap­un, papan tanda dan pagar dirobohkan pendaki.

 ??  ?? KUMPULAN pendaki membantah pembinaan pagar di kaki Bukit Kembara.
KUMPULAN pendaki membantah pembinaan pagar di kaki Bukit Kembara.
 ??  ?? PEMBINAAN pagar di kaki Bukit Kembara menimbulka­n kemarahan pendaki.
PEMBINAAN pagar di kaki Bukit Kembara menimbulka­n kemarahan pendaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia