Harian Metro

Inisiatif permudah jalan keluar

- Petah Wazzan Iskandar, Muhaamad Hafis Nawawi dan Suzalina Halid news@nstp.com.my

 Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan selesai masalah sukar dapat sijil nikah, sijil lahir anak

Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan mampu menjadi jalan keluar kepada permasalah­an golongan yang gagal mendaftar perkahwina­n di negara jiran sekali gus memberi kesan kepada zuriat.

Koordinato­r Halaqah Ilmi NGO Islam merangkap Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Utara Ahmad Fuad Ashari berkata, kesukaran mendapatka­n sijil nikah Malaysia dan sijil kelahiran anak bagi pasangan terbabit menjadi permasalah­an yang meluas.

Katanya, kekangan utama iaitu penguatkua­saan undang-undang menyebabka­n masalah pasangan terbabit dan anak mereka sukar diselesaik­an hingga memberi kesan buruk.

“Ia menyebabka­n persepsi orang menjadi buruk terhadap anak pasangan terbabit kerana gagal bersekolah atau memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Program anjuran Kerajaan Kedah dapat menghakis persepsi orang ramai kepada pasangan terbabit kerana perkahwina­n mereka pada hukumnya adalah sah berdasarka­n syariat Islam.

“Isu ini serius hingga menjadi perbalahan keluarga membabitka­n harta pusaka ataupun nafkah apabila suami pasangan terbabit meninggal dunia serta punca keluarga yang ditinggalk­an terabai tanpa pembelaan,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, orang ramai pasti beranggapa­n program ini untuk mereka yang berpoligam­i, tetapi sebenarnya ia perlu dilihat secara lebih meluas demi kemaslahat­an keluarga itu..

“Saya yakin program ini mampu memudahkan proses pendaftara­n pasangan terbabit dan membantu masa depan anak mereka daripada aspek pendidikan dan pekerjaan.

“NGO Islam sedia membantu daripada aspek kerjasama dan menyampaik­an maklumat kepada pasangan yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.
 ??  ?? AHMAD Fuad
AHMAD Fuad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia