Harian Metro

Perhalusi pelaksanaa­n supaya tak dorong pasangan nikah di luar negara

-

Alor Setar: Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyambut baik inisiatif Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menjalanka­n program pemutihan pasangan yang berkahwin di Thailand berikutan kedudukan Kedah yang bersempada­n dengan negara berkenaan.

Presidenny­a Musa Awang berkata, inisiatif terbabit mampu membela anak dilahirkan pasangan berkahwin di luar negara khususnya Thailand yang sebelum ini tidak didaftarka­n akibat kegagalan ibu bapa melaporkan perkahwina­n mereka di sini.

Beliau berkata, inisiatif itu harus benar-benar diperhalus­i pelaksanaa­nnya supaya ia tidak menjadi pendorong pasangan tempatan untuk bernikah di luar negara tanpa kebenaran pihak berkuasa agama.

“Ia inisiatif yang baik kerana kedudukan Kedah menjadi faktor negeri ini paling ramai pasangan berkahwin di Thailand.

“Ia memberi pembelaan kepada wanita dan anak hasil perkahwina­n di luar negara yang belum didaftarka­n kerana memberi kesan daripada segi pendaftara­n, kesahtaraf­an anak dan persekolah­an,” katanya ketika mengulas program pemutihan pasangan dari Kedah yang berkahwin di Thailand bermula bulan ini.

Sebelum ini, langkah sama dilaksanak­an Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan Pahang.

Ditanya sama ada inisiatif itu perlu diperluask­an ke seluruh negara, beliau berkata, ia perlu dinilai daripada aspek kewajaran statistik pasangan berkahwin di luar negara di negeri lain.

“Kita khuatir jika urusan ini dipermudah­kan, ia menjadi dorongan kepada pasangan untuk bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama atau pernikahan yang berlawanan undang-undang.

“Sedangkan undang-undang itu (kebenaran berkahwin/berpoligam­i) digubal untuk menjaga kebajikan masyarakat Islam, ” katanya.

Pada masa sama, Musa melihat faktor kewangan bukanlah penyebab utama kegagalan pasangan mendaftark­an perkahwina­n di negara ini, tetapi sikap ambil mudah selain tunggu dan lihat.

Beliau berkata, ia turut disebabkan mereka tidak mahu perkahwina­n diketahui isteri atau keluarga selain khuatir dikenakan tindakan undang-undang kerana bernikah tanpa kebenaran.

“Saya tidak nampak kegagalan mereka mendaftar disebabkan masalah kewangan atau proses leceh kerana mereka boleh bernikah di Thailand dengan perbelanja­an hampir RM2,000 sedangkan proses mendaftark­an pernikahan tidak menelan kos sebanyak itu,” katanya.

“Proses mendaftark­an pernikahan bukanlah proses yang susah atau payah kerana mereka hanya perlu melaporkan ke jabatan Agama Islam saja dan panduan akan diberikan.

“Mereka boleh mendapatka­n nasihat daripada 3,000 peguam syarie di seluruh negara,” katanya.

 ?? Musa ?? MUSA Kita khuatir ia mendorong pasangan bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama”
Musa MUSA Kita khuatir ia mendorong pasangan bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia