Harian Metro

Rumah RM1.8j terjual

- Nasuha Badrul Huzaini, Sofyan Rizal Ishak dan Norzamira Che Noh bisnes@nstp.com.my

 Pameran Hartanah MyRumah 2018 berjaya tarik 1,500 pembeli

Hartanah berjumlah RM1.8 juta berjaya dijual di lokasi pertama Pameran Hartanah MyRumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Pusat Beli Belah SACC di sini, sehingga semalam.

Pengarah Projek Pameran Hartanah MyRumah, Mohd Haslan A Abbas berkata, sepanjang tiga hari pameran bermula Jumaat lalu, pihaknya turut berjaya meraih seramai 1,500 pembeli berpotensi untuk lima projek perumahan yang ditawarkan.

“Berdasarka­n rekod yang kita terima daripada pempamer, lebih 80 pendaftara­n diterima sehari untuk setiap projek dan kira-kira 300 pendaftara­n direkodkan dalam tempoh tiga hari.

“Selain daripada projek yang menarik, topik perkongsia­n pakar hartanah yang bersesuaia­n dengan keadaan semasa juga berjaya menarik pengunjung ke pameran kali ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, Pameran Hartanah MyRumah bukan saja diadakan untuk mengumpulk­an syarikat pemaju dan mempamerka­n hartanah yang ada, malah menyampaik­an ilmu berkaitan pemilikan kediaman.

“Sebagai platform semua dalam satu, pengguna dapat pilihan yang lebih baik dan boleh membuat keputusan yang tepat untuk membeli dan memiliki rumah impian mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkak­an lebih daripada RM5 juta hartanah dijual pada pameran hartanah yang akan diadakan di tiga lokasi lain selepas ini.

“Selepas Shah Alam, kita akan ke Sungai Petani (Kedah) pada Julai, Johor Bharu (Johor) pada Ogos dan Melaka pada Oktober,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mengunjung­i Pameran Hartanah My Rumah di Atrium SACC Mall yang berakhir semalam.
ORANG ramai mengunjung­i Pameran Hartanah My Rumah di Atrium SACC Mall yang berakhir semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia