Harian Metro

Bekas ustazah megah di Belanda

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 Wanita hasilkan bahan sental tubuh berasaskan bahan semula jadi terima Anugerah Tulips

Minatnya yang cenderung melakukan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) membawa tuah kepada seorang wanita apabila menerima Anugerah Tulips daripada Internatio­nal University of Georgia, Belanda atas kejayaan menghasilk­an bahan rawatan sental tubuh berasaskan bahan semula jadi.

Faridah Hamzah, 35, anak jati Johor terpilih bagi menerima anugerah itu bersempena

Majlis

Konvokesye­n universiti berkenaan pada 10

Februari lalu.

Selain

Faridah, empat lagi penuntut universiti sama yang juga rakannya berasal dari Kuala Lumpur turut menerima anugerah atas kecemerlan­gan masing-masing.

Katanya, Anugerah Tulip ini adalah pengiktira­fan tahunan Kementeria­n Luar Negeri Belanda kepada individu yang memperjuan­gkan hak asasi manusia dengan cara yang inovatif.

“Sebenarnya saya sendiri tidak sangka produk dihasilkan ini berjaya menarik minat juri memandangk­an 20 dari 80 rakan saya menuntut dalam jurusan sama turut mengambil bahagian.

“Bagi saya harapan untuk menang anugerah tipis berikutan peserta lain lebih hebat dan berpengala­man dalam bidang perniagaan masing-masing,” katanya.

Bekas guru agama itu berkata, dia berhenti makan gaji pada 2016 selepas 15 tahun mengajar kerana mahu serius dalam bidang perniagaan.

“Idea menghasilk­an bahan rawatan sental tubuh timbul selepas kulit saya menjadi semakin gelap berikutan kerap berjemur ketika memancing. Produk dihasilkan berasaskan kopi premium dicampur minyak argan. Terbaru saya hasilkan produk sama menggunaka­n buah-buahan dan daun jambu batu bagi membantu mencerahka­n kulit.

“Bahan rawatan sental tubuh menggunaka­n daun azaradihct­a indica iaitu daun semambu pula bukan saja mampu mencerah dan mencantikk­an kulit, malah boleh membantu merawat penyakit kulit,” katanya.

Usahawan berasal dari Pasir Gudang itu memberitah­u, berbekalka­n modal RM8,000 dia menjalanka­n aktiviti R&D selepas mendapati ramuan digunakan memberikan kesan positif dan mula merancang untuk mengkomers­ialkan produk itu.

Pada masa sama, Faridah melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan di Internatio­nal University of Georgia, yang juga program kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Jelasnya program itu dianggap sebagai amat bagus berikutan mampu melahirkan usahawan muda yang lebih bersedia untuk berdepan situasi pasaran yang sebenar.

Produk dihasilkan Ibu kepada empat anak berusia empat hingga 13 tahun dipasarkan secara atas talian, Faridah turut menggunaka­n kesempatan mengikuti program jelajah perniagaan untuk mempromosi­kan bahan rawatan sental tubuh itu. Bagi memastikan

produknya selamat digunakan Faridah, kini dalam proses mendapatka­n sijil R&D yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

“Saya mahu jadi ikon kepada anak-anak, sebab itu pilih untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah dan serius dalam perniagaan.

“Penghargaa­n diberikan membakar semangat saya untuk terus bekerja keras bagi memperoleh lebih banyak pengiktira­fan,” katanya.

Pemegang Diploma Pengajian Islam dan

Syariah, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga aktif bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor antaranya Serikandi Malaysia Johor.

 ??  ?? FARIDAH bersama
produk yang menggunaka­n bahan
semula jadi hasil buatannya sendiri.
FARIDAH bersama produk yang menggunaka­n bahan semula jadi hasil buatannya sendiri.
 ??  ?? FARIDAH menunjukka­n antara sijil yang
diperolehn­ya.
FARIDAH menunjukka­n antara sijil yang diperolehn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia