Harian Metro

Minda global berpaksi agama

-

 Kerajaan berterusan sedia peluang, dasar untuk kembang potensi generasi muda

Datuk Seri Najib Razak mahu generasi muda di negara ini memiliki minda global, namun tetap berpaksika­n pegangan agama dan budaya tempatan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediaka­n pelbagai dasar dan peluang kepada generasi muda untuk mengembang­kan potensi diri melalui peluang pembelajar­an selain menimba pengalaman kerjaya dalam pelbagai projek kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah menaikkan yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang kini lebih 90 peratus kosnya ditanggung kerajaan, malah akses kepada pendidikan turut dibuka luas dengan kewujudan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)

“Peluang yang luas ini disebabkan adanya mobiliti sosial. Justeru, kita perlu lihat ke luar, minda mesti global dan bukan sempit, tapi akar kita berpaksika­n agama dan budaya.

“Kerajaan sudah ada perancanga­n besar (untuk generasi muda). Ini bukan saya nak dodoi tapi kita benar-benar sudah ada perancanga­n yang besar.

“Percayalah, kita sebagai kerajaan bertanggun­gjawab (membuat perancanga­n) bukan untuk hari ini, tetapi untuk esok dan masa depan,” katanya ketika berucap pada program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) dan Siswa di Seri Perdana di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Bakti.

Selain itu, katanya, pelbagai projek yang sudah dan sedang dilaksanak­an kerajaan termasuk Tren Aliran Transit Massa (MRT), Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Tun Razak Exchange (TRX) adalah bukti kemodenan Malaysia yang akan turut membuka peluang kerjaya dan membangunk­an ekonomi setempat.

“Selain itu, (kerajaan membangunk­an) projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM22 bilion tanpa tol... sebab saya tak suka tol.

“Kalau boleh saya nak hapuskan tol dalam bandar secara berperingk­at, tak boleh buat serta-merta,” katanya.

Perdana Menteri selepas itu turut menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bakti 2018 di Seri Perdana yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.

 ??  ?? NAJIB dan isteri bersama siswa pada Program BAKTI & Siswa di Putrajaya.
NAJIB dan isteri bersama siswa pada Program BAKTI & Siswa di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia