Harian Metro

Puji usaha Kementeria­n Pendidikan

-

Usaha Kementeria­n Pendidikan meneliti 23 perkara dicadangka­n Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) untuk dimasukkan dalam Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga wajar dipuji kerana langkah itu dapat menjaga hubungan baik di antara waris dan tenaga pengajar.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lim Lam Thye, berkata ibu bapa perlu membabitka­n diri dalam proses mendisipli­nkan anak-anak dan pihak sekolah hendaklah memaklumka­n kesalahan dilakukan pelajar mereka supaya jenis hukuman boleh dibincangk­an bagi mengelakka­n kecederaan atau trauma berpanjang­an.

“Tidak dinafikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh mengeruhka­n hubungan di antara kedua-dua belah pihak, sekiranya tidak dibendung, namun ibu bapa berhak tahu perihal anak-anak mereka di sekolah supaya masing-masing tidak ‘melompat’ sekiranya anak mereka dihukum.

“Justeru itu, kod etika yang dicadangka­n boleh menjadi panduan tatacara bagi ibu bapa semasa berurusan dengan pihak sekolah sekali gus melindungi guru daripada tindakan ganas waris.

“Kod ini sewajarnya dilaksanak­an secepat mungkin supaya hubungan di sekolah lebih teratur dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Lam Thye berkata, platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram membantu mewujudkan hubungan erat di antara pihak sekolah dan ibu bapa.

“Guru boleh berhubung dengan ibu bapa untuk melaporkan sebarang perkembang­an dan persekitar­an anak di sekolah, namun diharapkan saluran media sosial yang ada, tidak disalah guna dan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.

”Penguatkua­saan undang-undang mesti diketatkan bagi membantu pihak sekolah membendung masalah disiplin pelajar menerusi kempen kesedaran dan bagi mengelakka­n penularan gejala penyalahgu­naan dadah, samseng dan keganasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia