Harian Metro

Negara defisit tanpa GST

-

Putrajaya: Malaysia akan menjadi negara defisit seperti Greece dan Itali jika Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) digantikan semula dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan hasrat pembangkan­g untuk menghapusk­an GST seperti dijanjikan dalam manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kalau pembangkan­g nak hapuskan GST dan digantikan dengan SST, dia tipu sebab kalau kita tidak dapat RM45 bilion (kutipan GST tahun lalu), kita akan jadi negara defisit.

“Hutang negara yang semakin menguncup jika tiada GST, akan semakin meningkat dan kita akan menjadi seperti Greece dan Itali.

“Apabila sampai ke peringkat itu, ekonomi kita akan rosak dan rakyat akan menderita,” katanya ketika berucap pada program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Siswa di Seri Perdana, semalam.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua BAKTI.

Pakatan Harapan (PH) pada Khamis lalu melancarka­n manifeston­ya untuk PRU-14 yang kandungann­ya antara lain mahu menghapusk­an GST dalam masa 100 hari jika dapat membentuk kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kempen pembangkan­g untuk menghapusk­an GST memang mudah secara teorinya namun mereka tidak ada penjelasan mengenai cara untuk melaksanak­annya.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 164 negara sudah melaksanak­an GST dengan yang terbaharu adalah India, dan beliau dimaklumka­n bahawa tier tertinggi kutipan GST bagi negara itu adalah 28 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia