Harian Metro

Elaun RM9 sejam

- Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amaruddin cnews@nstp.com.my

 Bajet pakaian seragam anggota APM turut ditambah RM10 juta

Elaun pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan dari RM7.80 ke RM9 sejam manakala anggota dari RM6 ke RM8 sejam.

Selain penambahan bajet untuk pakaian seragam pasukan itu RM10 juta tahun ini berbanding RM5 juta tahun lalu serta mengarahka­n permohonan dikemukaka­n kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk menambahka­n perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan itu.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena majlis Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) di sini, semalam.

Difahamkan, ketika ini perjawatan tetap di APM sekitar 1,500 untuk menjaga dua juta anggota sukarelawa­n di seluruh negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengarahka­n Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengemukak­an permohonan itu kepada JPA secepat mungkin.

“Tambahan elaun ini untuk memberi semangat dan motivasi kepada kakitangan dan pegawai APM seluruh negara,” katanya.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan 3,000 kakitangan dan pegawai APM dari seluruh Perak yang hadir pada majlis itu.

Hadir sama Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Mohd Zuki dan Ketua Pesuruhjay­a Pertahanan Awam, Datuk Azmy Yahya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menyaksika­n demonstras­i penyelamat­an yang dilakukan anggota APM menggunaka­n helikopter serta penyerahan aset kepada APM Bagan Datuk.

Ahmad Zahid berkata, hanya kerajaan yang prihatin peduli keperluan mana-mana agensi atau jabatan yang ada tanpa perlu memintanya.

“Jika ada keperluan dan sesuatu itu munasabah, tidak perlu minta, kerajaan luluskan,” katanya sambil menegaskan kerajaan sedia ada perlu disokong demi meneruskan kesinambun­gan pemerintah­an.

Beliau juga berkata, ketika APM berada di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) keanggotaa­nnya 800,000, tetapi sekarang mencecah 2.1 juta selepas diletakkan di bawah JPM.

Katanya, APM adalah wira yang tidak didendangk­an dan mencatatka­n pencapaian membanggak­an kerana di mana saja lokasi bencana berlaku anggota APM pasti ada.

“Anggota APM bukan sekadar menangkap ular sawa, bukan buat kerja tangkap muat tetapi berada di barisan hadapan,” katanya.

Ahmad Zahid secara berseloroh berkata, pemindahan APM dari KDN sebenarnya ibarat talak raj’ie iaitu talak yang boleh dirujuk dan bukannya talak bain iaitu perpisahan yang tidak boleh dirujuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia