Harian Metro

10,000 anggota bomba undi pos

-

Seramai 10,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di negara ini dibenar mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun ini berikutan cuti mereka dibekukan ketika itu.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, jumlah anggota dan pegawai bomba di negara ini seramai 14,000 namun hanya 10,000 anggota terbabit dalam operasi saja dibenarkan mengundi pos.

Beliau berkata, pihaknya memohon Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membolehka­n anggotanya menjalanka­n tanggungja­wab mengundi secara pos dan undi itu adihantar ke tempat masing-masing.

Katanya, setiap anggota perlu mengisi borang permohonan mengundi dan diberi kertas undi sebelum undian secara pos apabila pihaknya menyediaka­n tempat sebelum semua kertas undi dihantar ke kawasan masing-masing.

“Ini kali pertama anggota kami mengundi pos kerana sebelum ini ada yang tak dapat pulang ke kampung masing-masing disebabkan tidak dapat bercuti kerana menjalanka­n tugas.

“Cuti anggota terbabit dengan PRU dibekukan sebaik pembubaran Parlimen sehingga habis pilihan raya.

“Ini kerana anggota bertugas disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini dan kami pastikan proses mengundi berjalan lancar,” katanya selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Perkhidmat­an Terpuji JBPM Kedah 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia