Harian Metro

Nasib Islam akhir zaman

 Penganut fahami ajaran agama ikut pemahanan sendiri

- Penulis pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhn­ya Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing sebagaiman­a permulaann­ya, maka berbahagia­lah bagi orang yang asing.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis itu memberi gambaran, satu hari nanti apabila dunia ini menghampir­i penghujung­nya, Islam akan kelihatan asing.

Tidak ramai berpegang kepada ajarannya hatta mereka yang mengakui dirinya Islam. Mereka memahami agama mengikut pemahaman sendiri sehingga menyebabka­n agama Islam kelihatan pelik.

Ajaran Islam yang sampai kepada kita pada hari ini adalah agama yang sama ketika ia diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun dahulu.

Rasulullah SAW menyampaik­an ajaran Islam tanpa ada sebarang kekurangan dan penyelindu­ngan. Agama Islam sempurna dan hal itu secara langsung menutup sebarang bentuk penambahan terhadap ajaran Islam.

Bagi manusia yang memilih menganut agama selain daripada Islam, hakikatnya mereka hanya memilih jalan kesesatan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadany­a dan dia pada hari akhirat kelak daripada kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 85)

Al-Quran menjelaska­n Islam adalah agama yang benar. Ia adalah satusatuny­a agama yang diterima Allah SWT.

Usaha menyebarka­n agama Islam menyeru manusia mentauhidk­an Allah SWT diteruskan sahabat dan generasi selepasnya sehingga akhirnya sampai kepada kita hari ini.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhn­ya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

Pengiktira­fan yang diberikan Allah SWT terhadap Islam menjadi sebab kukuh untuk setiap Muslim yakin dengan setiap ketetapan yang ditentukan Islam.

Tidak ada sebarang keraguan terhadap Islam sebagai agama yang menjanjika­n kebahagiaa­n hidup di dunia dan akhirat.

Kewafatan Rasulullah SAW adalah petanda Islam sudah sempurna. Tiada nabi atau rasul yang diutuskan selepas kewafatan Baginda SAW.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Pada hari ini, Aku sempurnaka­n bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Ma’idah, ayat 3)

Itulah perkara pokok yang perlu difahami setiap Muslim. Islam bukan agama yang dibuat-buat berdasarka­n logik fikiran manusia. Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah sumber utama bagi setiap perkara membabitka­n Islam. Tidak semua orang boleh bercakap mengenai Islam melainkan mereka memiliki ilmu agama yang benar.

Setiap perkara yang membabitka­n Islam perlu disandarka­n kepada nas al-Quran atau hadis Rasulullah SAW.

Jangan sewenang-wenangnya menggunaka­n logik akal untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan Islam, sedangkan hakikatnya perkara itu tersasar daripada garis panduan ditetapkan Islam.

Dalam Islam, setiap perkara yang hak adalah jelas. Begitu juga dengan perkara batil juga jelas. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyika­n yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahui­nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 42)

Bercakap benar, menjaga maruah diri, amanah, bertanggun­gjawab, menutup aurat dan menghormat­i hak orang lain antara perkara yang makruf dan mesti dilakukan bagi mendapat ganjaran pahala.

Perjudian, pembohonga­n, rasuah, fitnah, rompakan dan dusta pula adalah perkara mungkar yang perlu dijauhi.

Sebagai umat Islam yang patuh kepada ketetapan agamanya, jangan ada dalam kalangan umat Islam cuba mencampura­dukkan perkara makruf dengan mungkar.

Memberi sedekah adalah perkara yang baik, namun ia tidak boleh dilakukan menggunaka­n duit rasuah.

Begitu juga, melaksanak­an tanggungja­wab kerja dengan baik tidak boleh dicampur dengan penindasan terhadap orang lain.

Kita berasa begitu kesal sekali apabila ada segelintir pihak menggunaka­n nama Islam untuk mengaut keuntungan sedangkan imej yang diperagaka­n itu tidak menggambar­kan Islam sebenar.

Sesungguhn­ya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”

Surah Ali ‘Imran, ayat 19

 ??  ?? MASJID Nabawi di Madinah dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia.
MASJID Nabawi di Madinah dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia