Harian Metro

Air liur manusia tak tergolong najis

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum air liur yang keluar ketika tidur terkena pada baju. Adakah ia dianggap najis?

Asal bagi air liur yang keluar daripada mulut seorang manusia adalah suci. Ini berdasarka­n firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami memuliakan anak-anak Adam.” (Surah

al-Isra’, ayat 70)

Ia juga berdasarka­n hadis Nabi SAW yang diriwayatk­an Abu Hurairah RA bermaksud: “Sesungguhn­ya orang mukmin tidak bernajis.” (Riwayat al-Bukhari - 285 dan Muslim - 850)

Begitu juga peristiwa yang diceritaka­n Saidatina Aisyah RA. Beliau berkata yang bermaksud: “Aku minum pada ketika itu aku datang haid. Kemudian aku bawakan bekas minuman tadi kepada Nabi SAW lalu Baginda meletakkan mulutnya di tempat yang aku minum tadi lantas Baginda minum.” (Riwayat Muslim - 453)

Melalui ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan itu dapat kita fahami, apa saja yang keluar selain daripada kemaluan tidak bernajis sama ada air liur, peluh, daki dan lain-lain.

Berkenaan air liur yang keluar ketika tidur, ulama menyatakan jika ia daripada mulut maka hukumnya suci. Jika daripada perut, maka ia adalah najis.

Imam al-Nawawi menaqalkan daripada Imam

Abu Muhammad al-Juwaini berkenaan perkara itu: “Ada di antara air itu yang keluar dari kawasan lahwat (anak tekak) maka ia adalah suci.

“Jika ia keluar mengalir daripada perut maka ia adalah najis secara ijmak. Cara mengenalin­ya adalah melihat pada tanda dan kebiasaann­ya.

Jika ia mengalir daripada mulut sejak mula tidur dan basah serta terputus sepanjang tidur dan kering air itu daripada mulutnya dan dari tempat tidurnya, maka ia adalah daripada mulut. Jika sepanjang tidur dia merasakan basah, maka ia daripada perut.”

Bagi mengelakka­n waswas sama ada air liur yang keluar ketika tidur itu daripada mulut atau perut, seeloknya dibasuh baju atau kawasan yang terkena air liur itu sebagai langkah berhati-hati.

Imam al-Nawawi me nyatakan: “Pandangan yang dipilih adalah tidak perlu membasuh kawasan yang terkena air liur itu kecuali seseorang yakin air yang keluar itu adalah daripada perut.

Jika was-was, tidak wajib membasuhny­a dan harus membasuh sebagai langkah berhati-hati.”

Beliau menyebut lagi: “Maka secara jelas air liur yang keluar daripada mulut ketika tidur adalah di antara najis yang dimaafkan (jika ia sering terjadi) dan ia sama seperti darah nyamuk, baki kencing yang tidak lawas, darah istihadah dan lainlain najis yang dimaafkan kerana ada masyaqqah.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab - 2/570-571)

Kesimpulan­nya, air liur yang keluar ketika tidur adalah najis. Ia antara najis yang dimaafkan jika sering terjadi.

Namun begitu, jika tidak yakin sama ada air itu keluar daripada mulut atau perut, seeloknya dibasuh baju atau pakaian yang terkena air liur itu sebagai langkah berhatihat­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia