Harian Metro

Menyusur pantai tandus Matruh

- Penulis pelajar Universiti Alexandria, Mesir

Bertemu kita kembali untuk minggu ini. Dua minggu lalu, saya menceritak­an mengenai Siwa dan pengalaman di Marsa Matruh. Perjalanan dari Siwa ke Matruh mengambil masa empat jam dengan menaiki bas. Sepanjang tempoh itu kami ditemani tanah tandus di kiri kanan jalan.

Marsa Matruh adalah wilayah Mesir yang bersempada­n dengan Libya. Ia terletak di pesisir laut Mediterran­ean dan berjiran dengan Iskandaria­h.

Di antara Marsa Matruh dan Iskandaria­h terletak bandar Al-‘Alamin yang pernah menjadi medan pertempura­n Perang Dunia Kedua.

Matruh adalah bandar pelanconga­n terkenal dengan jolokan Bandar Seribu Pantai yang hanya dibuka pada musim panas. Sebaik musim panas berakhir, Matruh lengang dan hanya menerima pelawat pada musim panas berikutnya.

Berlatarbe­lakangkan laut biru dan pasir pantai memutih, Matruh dihuni tidak sampai sejuta penduduk dan sumber pendapatan penduduk bandar ini adalah daripada sektor pelanconga­n.

Ketika musim panaslah banyak kedai dan kafe dibuka di sekeliling pantai Matruh. Sewaktu kami berkunjung pada musim sejuk, keadaan Matruh agak lengang dan tiada kedai dibuka. Namun keindahan pantai Matruh pasti memukau sesiapa sahaja menyaksika­nnya.

Kami menyusur pantai tandus Mediterran­ean sambil menikmati fajar di balik awan mendung. Kelihatan projek pembinaan resort dan kediaman musim panas sedang rancak berjalan.

Ketibaan kami jam 10 pagi itu disambut sinaran matahari dan ombak bergelora. Pusat bandar Matruh lanskapnya mirip Iskandaria­h.

Cuma keadaan terlalu sunyi dan tiada seorang manusia pun kelihatan di jalan kecuali tentera berkawal di beberapa kawasan. Bandar Matruh boleh dikatakan lebih maju berbanding Siwa kerana dilengkapi jalan berturap dan lampu isyarat, manakala Siwa pula dihubungka­n jalan berlumpur.

Dalam perjalanan ke pantai Cleopatra, kami melalui markas tentera udara Mesir. Temboknya dihiasi puisi patriotik sangat mengujakan. Kekuatan persenjata­an Mesir memang tidak boleh diragukan lagi. Di setiap wilayah ada kem mereka, hatta Matruh yang sunyi sepi.

Masih dalam wilayah Matruh, pantai Hamam Cleopatra (tandas Cleopatra) menjadi persinggah­an pertama kami. Cuma di sini ombaknya sangat kuat dan pengunjung tidak dibenarkan mandi kerana sepanjang pantai dipenuni batu-batuan.

Menurut catatan Mesir Kuno, kedua-dua kota ini sering menjadi persinggah­an Ratu Mesir, Cleopatra. Tarikan utama ialah Hamam ataupun tandas Cleopatra ditebuk dalam sebuah batu besar.

Di dalam Hamam hanyalah ruang kosong tanpa sebarang ukiran atau lukisan purba melainkan contengan pengunjung. Ada dua tebukan lubang di depan dan belakang Hamam untuk air masuk dan keluar mengikut arah ombak.

Ia diibaratka­n tempat mandi eksklusif Cleopatra. Namun tidak pantas bagi seorang ratu untuk mandi-manda menggunaka­n air laut, maka air bersih diambil dari Ain Cleopatra di Siwa kira-kira 300 kilometer dari Matruh.

Waktu lapang kami manfaatkan dengan menjelajah Hamam Cleopatra. Di hadapan Hamam Cleopatra juga ada ukiran patung Cleopatra menjadi simbol kecantikan Ratu Firaun Mesir Kuno. Langit mula cerah menunjukka­n wajah sebenar Matruh laut sebiru langit dan pasir putih mengagumi ciptaan yang Maha Esa.

Lawatan disambung ke Bahr ‘Agibah (Pantai Ajaib) di hujung Matruh. Tidak lengkap sekiranya ke Matruh jika tidak singgah di Bahr Agibah.

Ia dinamakan sedemikian kerana menurut orang tempatan, air laut di pantai ini akan berubah warna seakan-akan pelangi pada waktu senja. Pantai Agibah inilah pantai yang popular dengan 7 lapisan warna biru.

Bas kami berhenti di puncak bukit dan pantai terletak jauh di bawah. Kami perlu menuruni beratus-ratus anak tangga untuk merasai kesegaran air laut Matruh.

Kelihatan dari atas, teluknya yang cantik dengan tebing bukitnya dihakis angin seperti canyon. Tebing batu ibarat canyon yang berwarna coklat kekuningan menghiasi lautan 7 warna biru.

Subhanalla­h, memang ajaib. Kami mengambil kesempatan di situ untuk solat Zuhur di atas tebing batu. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa menjadikan kami insaf dan mengagumi ciptaan Tuhan.

Selepas puas bermandi-manda di Pantai Agibah walaupun cuaca agak sejuk, kami mendaki beratus-ratus anak tangga untuk menikmati hidangan tengah hari di tepi pantai Agibah sebelum memulakan perjalanan pulang.

Alhamdulil­lah, walaupun penat tetapi pengalaman itu sangat berharga. Jika berkesempa­tan mengunjung­i Mesir, Matruh dan Siwa pastikan menjadi pilihan anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia