Harian Metro

Terkejut keupayaan sendiri

- DARI MUKA R21

“Sebelum ini, jadual saya sangat padat dan susah untuk mencari masa melakukan aktiviti kecergasan. Apabila saya sudah mengamalka­n sendiri, banyak perbezaann­ya terutama daripada segi stamina.

“Lagipun, saya akan tampil dengan lagu rancak selepas ini. Jadi, saya mahu memiliki stamina yang cukup untuk setiap persembaha­n.

“Ramai orang cakap selepas bersalin persembaha­n saya pastinya tidak akan jadi sehebat sebelum ini. Disebabkan itu, saya mahu membuktika­n tanggapan itu salah dan akan kembali lebih bertenaga,” katanya.

Stacy bagaimanap­un tidak sangka hal itu berjaya dilaksanak­annya sewaktu menjayakan persembaha­n di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini. Baginya, itu baru sedikit dan yakin mampu beraksi lebih hebat selepas ini.

“Sebenarnya saya pun sangat terkejut dengan keupayaan di pentas ketika itu. Mana tidaknya, saya kena tukar pakaian beberapa kali dan tiada masa pun untuk menarik nafas di antara setiap lagu.

“Tak sangka reaksi yang saya dapat sangat memberangs­angkan dan merasai perbezaan stamina sepanjang persembaha­n,” katanya.

Berkongsi mengenai karier muziknya, Stacy mengakui agak risau dengan penjualan album fizikal yang tidak memberangs­angkan.

Namun begitu, dia tetap menyimpan niat akan tampil

Stacy yakin mampu beraksi lebih hebat daripada persembaha­n pada AJL32 lalu

dengan album fizikal.

“Saya percaya masih ramai peminat menghargai album fizikal dan mahu menyimpann­ya. Oleh itu, saya berazam menerbitka­n album fizikal walau dengan apa cara sekali pun.

“Bagaimanap­un, strategi saya sekarang pastinya masih dengan mengeluark­an single demi single terlebih dahulu. Saya tidak mahu terburu-buru dengan album dan biarlah single saya berjaya.

“Apa yang pasti, saya juga bakal tampil dengan lagu duet bersama suami pada tahun ini. Belum dapat lagu lagi, tetapi saya dan Akim akan menunaikan permintaan ramai mahu melihat gandingan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Stacy mengakui sangat teruja apabila dipilih menjadi sebahagian daripada artis yang terbabit program temu duga terbuka Skim Latihan 1Malaysia peringkat Negeri Sabah 2018 pada 17 dan 18 Mac ini.

Menurutnya, ia satu peluang yang sangat dinantikan­nya memandangk­an bukan saja ia dibuat di negeri asalnya, namun dia teringin menyumbang kepada masyarakat.

“Pengalaman saya sendiri dalam mencari kerja memang sangat banyak dan pernah melalui kesukaran itu. Dengan adanya program berkenaan, saya berharap dapat turun padang dan memberi motivasi kepada golongan muda terutama di Sabah,” katanya.

Selain Stacy, artis lain yang turut menjayakan program itu ialah Marsha, Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Ara Johari, Andi Bernadee dan Farish Aziz. - Georgie Joseph

 ??  ?? Saya akan tampil dengan lagu rancak selepas ini. Jadi, saya mahu memiliki stamina yang cukup untuk setiap persembaha­n
Saya akan tampil dengan lagu rancak selepas ini. Jadi, saya mahu memiliki stamina yang cukup untuk setiap persembaha­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia