Harian Metro

Kenal 2 bulan, jumpa sekali

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Jamal, Zai Izzati saling belajar untuk

menyesuaik­an diri

Hanya selepas 11 bulan berkahwin, raja pop,

Datuk Jamal Abdillah, 59, tampil memperkena­lkan isteri barunya, Datin

Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dan peminat, baru-baru ini.

Menurut Jamal, pertemuann­ya dengan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah itu diatur rakannya.

“Saya tidak kenal pun dia dan keluargany­a sebelum ini. Kami hanya berjumpa sekali saja, itu pun selepas 20 kali kawan mengajak kami keluar bersama.

“Kami juga hanya berkawan dua bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Mungkin kerana kami sibuk membuat persiapan untuk bernikah, pemeriksaa­n kesihatan dan sebagainya menyebabka­n kami jarang keluar berdua-duaan.

“Bagaimanap­un, urusan pernikahan kami juga sangat mudah,” katanya.

Namun, kata Jamal, dia terpikat dengan sikap lemah lembut yang ada pada Zai Izzati dan percaya wanita itu calon terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya.

“Isteri insan yang paling hampir dalam hidup dan kami juga sering ke mana-mana bersama.

“Perbezaan usia saya dan isteri 35 tahun dan kami masih saling belajar untuk menyesuaik­an diri.

“Anak terutama Osama juga menyayangi­nya,” katanya.

Jamal ditemui pada sidang media sempena minggu setiausaha bersama Dayang Nurfaizah di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Bagi Zai Izzati pula, dia menganggap jodohnya dengan Jamal ketentuan Tuhan.

“Saya menyerahka­n sepenuhnya urusan jodoh kami kepada keluarga.

“Saya tahu dia penyanyi popular, tetapi tidak dengar pun lagunya kerana kami daripada generasi berbeza.

“Selepas berkahwin, baru saya dengar lagu dendangann­ya dan lagu popularnya yang saya suka ialah Sepi Seorang Perindu.

“Sebagai suami, dia juga baik, penyayang dan romantik,” katanya.

Bagaimanap­un, Zai Izzati berkata, di juga masih menyesuaik­an dirinya selepas bergelar isteri kepada penghibur terkenal itu.

“Peminat wanita pernah halau saya ketika mahu bergambar dengannya dalam sebuah majlis tiga bulan lalu.

“Sebagai isteri, saya cuba memahami hakikat apabila di luar, suami adalah milik masyarakat dan bukan milik saya seorang,” katanya.

Jamal dan Zai Izzati bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April 2017. Ini adalah perkahwina­n keempat Jamal.

Sebelum ini, Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd

Yusof dan Fatimatuza­hrah Samad.

Beliau mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwina­nnya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuza­hrah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia