Harian Metro

Bersedia jadi ‘ibu segera’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Bukan tugas mudah buat pelakon Nonny Nadirah apabila bakal bergelar ibu segera selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya, duda anak satu, Mustain Adnan, 36, pada 18 Mac ini.

Bagi yang belum tahu, bakal anak tiri Nonny, Mikhael Audi Putra kini berusia 12 tahun antara individu yang paling teruja untuk menyaksika­n bapanya dan pelakon itu disatukan sebagai suami isteri.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, mengakui memang rapat dengan Mikhael sejak kanak-kanak itu berusia tiga tahun.

“Saya dan bakal suami sudah berkawan lebih sembilan tahun. Jadi, saya memang sudah kenal dan rapat dengan Mikhael sejak kecil. Sepanjang kami berkawan, dia kerap bertanya bila kami akan berkahwin?

“Alhamdulil­lah, apabila kami mengambil keputusan berkahwin, dia sangat gembira. Pada masa sama, saya bersyukur Mikhael sudi menerima saya sebagai ibu barunya. Insya

Allah saya cuba jalankan tanggungja­wab dengan sebaik-baiknya.

“Segelintir orang mungkin sukar menerima keadaan ini, tetapi saya beranggapa­n menjadi ibu segera satu tanggungja­wab dan amanah yang perlu dilaksanak­an sebaikbaik­nya. Bagi saya, ini juga satu pengalaman baru dan cuba menyesuaik­an diri,” katanya.

Berkongsi mengenai majlis pernikahan yang bakal berlangsun­g, Nonny bakal disatukan dengan jejaka pilihan di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Malah, Nonny juga bertuah apabila majlis itu mendapat tajaan beberapa pihak selain turut mengeluark­an perbelanja­an sendiri.

“Alhamdulil­lah, persiapan majlis hampir siap sepenuhnya. Sejujurnya, saya sangat gementar.

Nonny rapat dengan bakal anak tiri sejak kanak-kanak itu berusia

3 tahun

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NONNY bersama bakal suami, Mustain dan anaknya, Mikhael.
NONNY bersama bakal suami, Mustain dan anaknya, Mikhael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia