Harian Metro

Siaran pertama hari ini

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Musim baru

American Idol benarkan peserta buat

uji bakat dalam talian

Musim ke-16 program realiti American Idol kembali mencari bakat penyanyi baru selepas menamatkan siarannya di saluran Fox dua tahun lalu.

Bagi musim baru ini, American Idol akan bersiaran di ABC dan masih mengekalka­n Ryan Seacrest sebagai pengacara.

Barisan juri pula terdiri daripada penyanyi terkenal Katy Perry, Lionel Ritchie dan Luke Bryan manakala penyampai radio Bobby Bones akan menggalas tugas sebagai mentor.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Kandungan, Pengeluara­n dan Pemasaran Sony Pictures Television Networks Asia Virginia Lim berkata American Idol berjaya mempelopor­i program realiti nyanyian.

“Ini kali pertama saluran Sony menyiarkan siri baru American Idol.

“Persembaha­n peserta dan barisan juri program realiti itu pasti menarik ramai penonton di rantau Asia,” katanya.

Sesi uji bakat mencari bintang baru American

Idol bermula pada Ogos lalu di 23 lokasi di Amerika Syarikat.

Selain itu, produksi American Idol turut menerima sebanyak 300,000 rakaman video menyanyi di media sosial menerusi tanda pagar #TheNextIdo­l.

Malah, buat kali pertama, peserta juga dibenarkan melakukan sesi uji bakat secara siaran langsung dalam talian.

Penonton di Asia boleh menyaksika­n siaran pertama musim ke-16 American Idol di saluran Sony, jam 6 petang hari ini.

Program realiti terbitan FremantleM­edia North America bersama 19 Entertainm­ent itu bersiaran pada setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri Ritchie, Katy, Seacrest dan Bryan.
DARI kiri Ritchie, Katy, Seacrest dan Bryan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia