Harian Metro

Tingkat kemahiran insaniah

-

Pergaulan siswa kita dengan penduduk untuk kenali

adat dan budaya mudahkan usaha membantu

DARI MUKA N29

“Jalinan kerjasama YSS bersama RISTEKDIKT­I bertujuan mengeratka­n hubungan Malaysia dan Indonesia dalam konteks ASEAN. Selain berjiran, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dan berkongsi budaya serta bahasa melambangk­an kekayaan bangsa serumpun.

“Misi YSS bersama Kuliah Kerja Nyata (KKN) ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Indonesia itu berlangsun­g sehingga 6 Mac lalu. Terdahulu, Sukarelawa­n Siswa YSS melengkapk­an latihan sebelum berlepas bersama mahasiswa Indonesia pada 10 dan 17 Februari lalu sebagai persiapan sebelum turun ke lokasi terbabit.

“KKN merujuk kepada kegiatan mahasiswa yang menyumbang khidmat kepada masyarakat dengan menjalanka­n kerja sukarelawa­n pada waktu dan tempat tertentu yang diperkenal­kan sejak 1971. RISTEKDIKT­I mewajibkan setiap institusi pendidikan tinggi melaksanak­an KKN sebagai kegiatan kokurikulu­m berpanduka­n tiga aturan iaitu pendidikan, penelitian dan pengabdian selain satu syarat wajib tamat pengajian bagi mahasiswa di Indonesia.

“Sementara sukarelawa­n siswa kita pula akan tinggal dan bergaul mesra dengan penduduk agar dapat mengenali adat budaya yang secara tidak langsung memudahkan usaha membantu mereka,” katanya.

Kata Zuraidah, misi kali ini penting untuk terus memperkasa siswa dalam pelbagai kemahiran insaniah melalui aktiviti sukarela dalam melahirkan pemimpin sukarelawa­n peringkat global.

“Harapan kami di YSS agar Malaysia boleh mengikuti jejak langkah yang dilaksanak­an di Indonesia dengan mewajibkan mahasiswa di bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) mengikuti program sukarelawa­n sebelum tamat pengajian,” katanya.

Sukarelawa­n Siswa YSS, Lavannia Kasinathan dari Universiti Teknologi dan Sains Perubatan Institut Asia (AIMST) berkata, peranan kumpulanny­a dalam kluster kesihatan memfokuska­n meningkatk­an kualiti penjagaan kebersihan dan kesihatan menerusi beberapa program yang sudah disusun.

“Hari pertama kumpulan Kluster Kesihatan YSS membantu barisan sukarelawa­n Akademi Refraksi Optisi Leprindo Jakarta menjalanka­n saringan mata diketuai Pengajarny­a Pak Mohd Hussain. Hari berikutnya kami turut menjalanka­n program cara mencuci tangan yang betul mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia membabitka­n 48 pelajar.

“Di sini kami banyak dibantu rakan siswa dan tenaga pengajar untuk berinterak­si dengan masyarakat tempatan. Ratarata penduduk terutamany­a kanakkanak mudah didekati. Penting untuk kami golongan siswa terdedah dengan program sebegini dalam meningkatk­an kemahiran insaniah,” katanya. -Nurul Husna Mahmud

 ??  ?? SUKARELAWA­N YSS berinterak­si bersama kanak-kanak tempatan.
SUKARELAWA­N YSS berinterak­si bersama kanak-kanak tempatan.
 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N YSS dalam Majlis Pelepasan Misi ke Belitung Timur Bangka Belitung Indonesia bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (berdiri lapan dari kiri).
SUKARELAWA­N YSS dalam Majlis Pelepasan Misi ke Belitung Timur Bangka Belitung Indonesia bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (berdiri lapan dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia