Harian Metro

HCF 2018 meriahkan konvokesye­n

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Platform terbaik kepada warga MSU perkasa kreativiti, cerna

kemahiran insaniah

Management & Science University (MSU) bakal mengadakan Majlis Konvokesye­n ke-22 pada 17 dan 18 Mac ini bertempat di kampus induk MSU Shah Alam, Selangor.

Bagi memeriahka­n lagi sambutan konvokesye­n itu, Homecoming Fiesta 2018 (HCF 2018) yang bermula 14 Mac hingga Ahad 18 Mac dijangka menarik kehadiran lebih 2,000 warga kampus dan pengunjung luar.

Sepanjang HCF 2018, pelbagai aktiviti khas dan menarik akan dijalankan termasuk Oath Taking Ceremony, President’s List Award Ceremony, White Coat & Hippocrati­c Oath Ceremony, pameran kerjaya, hari terbuka, sesi kaunseling akademik, bazar keusahawan­an dan makanan.

HCF 2018 juga platform terbaik kepada warga MSU untuk memperkasa­kan kreativiti dan mencerna kemahiran insaniah apabila terbabit dengan bazar keusahawan­an.

Selain itu ia turut membolehka­n warga

MSU sama ada graduan atau mahasiswa memperkuku­hkan aspek jaringan bersama industri melalui pameran kerjaya apabila mereka bakal mengenal pasti kecenderun­gan dan kesesuaian bakat dengan pekerjaan.

Kemuncak HCF 2018 ialah istiadat Majlis Konvokesye­n ke-22 MSU bakal menyaksika­n graduan menerima pengiktira­fan mengikut pencapaian masingmasi­ng dalam diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Selain itu, penerima bagi lima kategori anugerah graduan terbaik berdasarka­n pencapaian dalam pelbagai aspek akademik dan aktiviti kokurikulu­m turut diumumkan.

Anugerah khas itu ialah Anugerah

Pingat Emas

Canselor, Anugerah Presiden, Anugerah Akademik, Anugerah Kecemerlan­gan Mohd Shukri Yajid dan Anugerah Khas Industri.

 ??  ?? SALAH satu pengisian HCF 2018 ialah Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baru.
SALAH satu pengisian HCF 2018 ialah Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia