Harian Metro

Gred bukan segalanya

-

Beberapa langkah hadapi keputusan

SPM

yang diumumkan nanti sebagai satu titik perubahan dalam kehidupan.

Jelasnya perubahan itu ialah untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna, meningkatk­an disiplin, konsisten, memperkuat­kan daya intelektua­l, emosi dan spiritual.

Namun, apa pula yang perlu harus dilakukan untuk meredakan perasaan bimbang dan risau menjelang keputusan yang bakal diumumkan kelak?

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilakukan pelajar.

1. Rancang perjalanan seterusnya

Perancanga­n harus ada untuk setiap kebarangka­lian yang hadir. Persiapkan diri dengan maklumat terkini berkenaan permohonan kemasukan ke program sama ada

Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), diploma, matrikulas­i, asasi atau politeknik.

Pastikan anda mengetahui prosedur permohonan. Sijil aktiviti kokurikulu­m, keputusan peperiksaa­n utama, salinan pengenalan diri haruslah disediakan lebih awal. Teroka sebanyak mungkin kursus yang ditawarkan.

Lakukan carian di Internet, bertanya guru, kaunselor, ibu bapa atau menghubung­i institusi yang menawarkan kursus itu. Apabila anda melakukan semua itu, ketika mendapat keputusan SPM kelak anda tidak keliru dengan pilihan yang ingin dilakukan.

2. Spiritual

Kekuatan spiritual sangat perlu apabila berhadapan dengan sebarang kemungkina­n dalam keputusan SPM kelak. Ini kerana kekuatan spiritual menjadikan seseorang reda dan berlapang dada walaupun hasil tidak seperti diinginkan.

Penerimaan terhadap takdir adalah contoh kekuatan spiritual.

Tahap spiritual dalam diri seseorang boleh dipertingk­atkan dengan meningkatk­an konsep kendiri.

Elakkan daripada terus menyalahka­n persekitar­an dan diri sendiri, sebaliknya lakukan semakan kendiri serta bertindak mengikut keperluan semasa.

3. Kurangkan kebimbanga­n

Kebimbanga­n berlaku apabila terdapat pemikiran sebab, akibat yang diperbesar­kan-besarkan. Andaian seperti sekiranya kurang cemerlang dalam SPM akan menggelapk­an masa hadapan, tidak dapat melanjutka­n pelajaran, menghancur­kan harapan ibu bapa dan sebagainya.

Pemikiran ini adalah bersifat andaian sematamata. Terimalah hakikat bahawa ini adalah fikiran anda semata-mata. Usah

4. Khidmat kaunselor

Gunakan perkhidmat­an kaunselor untuk membantu anda. Kaunselor dapat membantu dari dua segi iaitu eksplorasi bidang pengajian dan kerjaya juga membantu menghadapi emosi sama ada bimbang, risau, tertekan atau ketidakten­tuan perasaan.

Eksplorasi kerjaya sangat penting untuk memastikan bidang yang bakal dipilih adalah bersesuaia­n dengan personalit­i seseorang. Asas kepada pemilihan kerjaya adalah berdasarka­n minat, keupayaan dan bakat seseorang.

Sementara itu, untuk pengurusan emosi dan isu peribadi kaunselor boleh membantu dengan menjalanka­n sesi kaunseling individu, kelompok atau bimbingan kepada pelajar serta ibu bapa.

Hapuskan stigma bahawa hanya perlu berjumpa kaunselor apabila berhadapan dengan masalah saja.

5. Elakkan dan kurangkan faktor tekanan

Sebagai persediaan mengambil keputusan

SPM cuba elakkan faktor yang boleh memberikan anda lebih banyak tekanan.

SPM hanyalah satu ujian dalam kehidupan yang mungkin memberikan tekanan kepada pelajar. Tekanan itu perlu ditangani secara berkesan.

Jadikan keputusan peperiksaa­n ini sebagai satu titik perubahan ke arah yang lebih positif. Sekiranya pelajar menggantun­gkan segala harapan kepada keputusan SPM semata-mata. Andai kata keputusan tidak seperti diinginkan, maka akan mengundang rasa kecewa, marah dan putus asa.

Namun, jadikan keputusan SPM sebagai satu titik perubahan dalam kehidupan ke arah hidup yang lebih positif, pemikiran matang dan personalit­i unggul.

 ??  ?? SPM titik permulaan untuk berubah.
SPM titik permulaan untuk berubah.
 ??  ?? KEKUATAN spiritual
penting apabila berhadapan sebarang
kemungkina­n dalam keputusan SPM kelak.
KEKUATAN spiritual penting apabila berhadapan sebarang kemungkina­n dalam keputusan SPM kelak.
 ??  ?? HANIFF.
HANIFF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia