Harian Metro

SERGEI ARKITEK JALANAN

-

Anggap diri sebagai pengembara, suka bertukar lokasi supaya idea sentiasa segar

“Begitulah cara saya bermula dan setakat ini, sudah hampir lima tahun saya menjadi arkitek bebas dengan menjual idea dalam talian,” katanya.

BERUBAH LOKASI

Dia yang kini sudah hampir setahun berada di kota metropolit­an New York sedang berusaha ‘menangkap’ pasaran di sana.

“Penduduk di sini lebih bersifat terbuka dengan idea baru tidak kiralah sama ada anda pekerja bebas, sambilan atau tetap. Apa lagi jika ia berkaitan syarikat yang baru bermula, mereka akan selalu adakan pertanding­an terbuka.

“Saya beberapa kali disenarai pendek malah pernah memenangi beberapa peraduan dengan ganjaran diterima agak lumayan. Oleh itu, saya selesa dengan kerjaya sekarang,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak menetap di Russia, Sergei menjelaska­n, dia seorang yang tidak suka berada di satu tempat sama dalam tempoh yang lama.

“Contohnya, sebelum ini, saya berada di Itali selama lima bulan sebelum berpindah ke Sweden. Saya suka bertukar lokasi supaya idea sentiasa segar. Lokasi pilihan tidak hanya kota, saya juga akan pergi ke kampung.

“Buat masa sekarang, saya menganggap diri sebagai seorang pengembara dan pada masa sama melakukan kerjaya yang disukai. Jadi, tidak ada dalam satu hari saya menyesal dan bosan dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Katanya, walaupun pada awalnya agak susah untuk ‘menangkap’ syarikat atau mencari pelanggan, tapi sekiranya dilakukan dengan betul dan mempamerka­n hasil kerja yang segar serta bagus, akan ada yang mencari karya anda.

 ??  ?? SANTAI di kafe untuk selesaikan kerja.
SANTAI di kafe untuk selesaikan kerja.
 ??  ?? ANTARA struktur bangunan kesukaanny­a di New York.
ANTARA struktur bangunan kesukaanny­a di New York.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia