Harian Metro

Seronok meluncur di udara

-

Rashidatul belum bercadang sertai

pertanding­an kerana mahu fokus terhadap kerjaya sebagai pendidik

Jun tahun lalu dengan harga kursus yang sangat berpatutan iaitu RM1,330,” katanya.

Menurutnya, kali pertama terbang di udara bagaikan mimpi dan dia sangat teruja untuk belajar lebih banyak teknik daripada peluncur udara profesiona­l.

“Awalnya, saya terbang bersama peluncur udara profesiona­l sebelum dibenarkan meluncur udara secara solo seminggu selepas menjalani kursus di Bukit Jugra yang berketingg­ian 300 meter.

“Memang seronok kerana saya lebih yakin dan berani untuk menghadapi sebarang risiko.

“Saya juga tidak berasa risau kerana ‘radio’ sentiasa terselit di pinggang dan jurulatih akan memberi arahan dari atas.

“Mulanya menggigil juga, tetapi apabila sudah terbang saya rasa bebas dan seronok.

“Mungkin sukan ini memang minat saya, jadi tiada masalah untuk terbang sendiri dari tempat yang tinggi,” katanya yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan TTDI 2.

Kata anak kelahiran Bidor, Perak ini lagi, sukan luncur udara mungkin kurang mendapat perhatian belia kerana yurannya yang mahal, tetapi kini persepsi itu sudah berubah.

“Bagi saya, banyak persatuan luncur udara yang menawarkan harga berpatutan untuk menjalani kursus ini antaranya Persatuan Luncur Udara Malaysia.

“Selain itu, ada juga segelintir belia menganggap ia sukan yang memenatkan kerana terpaksa menyandang beg mengandung­i ‘sayap’ seberat 15 kilogram untuk ke puncak bukit.

“Hakikatnya, banyak lokasi khas untuk peluncur menaiki jentera empat roda tiba dengan selamat di puncak tanpa perlu mendaki.

“Bagaimanap­un, terpulang kepada individu kerana ada juga peluncur udara yang lebih dulu mendaki sebelum meluncur dari puncak bukit.

“Tetapi ‘sayap’ yang digunakan memang berat dan bergantung kepada berat badan individu,” katanya.

Katanya, mengikut prosedur sebelum terbang peluncur perlu memahami modul yang disediakan dan merasai pengalaman terbang menerusi ‘terbang tandom’.

“Setiap peluncur memang diberi pengalaman ‘terbang tandom’ apabila kami akan terbang bersama peluncur udara profesiona­l bagi menghilang­kan rasa gemuruh atau gayat.

“Kebiasaann­ya, peluncur yang menyertai sukan lasak ini memang individu yang berani dan sukakan cabaran. Jadi jumlah peserta yang gayat untuk terbang amat sedikit.

“Kini, saya berada di tahap

PGI dan dalam proses menjalani kursus lain untuk menaik taraf tahap yang sedia ada serta dilatih oleh Master dari luar negara,” katanya yang kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Luncur Udara Negeri Selangor.

Katanya, buat masa ini dia tidak bercadang menyertai pertanding­an kerana mahu fokus kepada kerjayanya sebagai pendidik.

“Saya anggap sukan ini hanya sebagai hobi untuk meluangkan masa lapang pada hujung minggu.

“Jika cuaca dalam keadaan baik saya akan meluncur udara manakala jika cuaca tidak mengizinka­n kami akan melakukan ‘ground handling’ saja.

“Selain masalah cuaca, peluncur juga perlu memastikan peralatan dan ‘sayap’ dalam keadaan baik sebelum terbang bagi mengelak perkara yang tidak diingini,” katanya.

Rashidatul berkata, memang benar modal sukan ini amat mahal, tetapi dia bersyukur kerana mendaftar ahli

PLUM, segala peralatan boleh digunakan secara percuma.

Selain itu, Rashidatul juga berharap dapat melakukan aktiviti meluncur udara ini bersama-sama anak autisme suatu hari nanti.

“Oleh itu, saya bercadang menaik taraf tahap dan menyertai pertanding­an pada masa akan datang.

“Mesti mereka gembira dapat merasai pengalaman luar biasa terbang bebas seperti burung.

“Semoga suatu hari nanti, impian saya untuk menjadikan hobi ini sebagai kerjaya sampingan menjadi kenyataan,” katanya yang sudah bergelar guru selama empat tahun.

 ??  ?? RASHIDATUL (kanan) menerima sijil pengiktira­fan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.
RASHIDATUL (kanan) menerima sijil pengiktira­fan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.
 ??  ?? MENJALANI latihan meluncur udara di Bukit Jugra.
MENJALANI latihan meluncur udara di Bukit Jugra.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia