Harian Metro

Gabungan kepakaran 3 individu

- BERMULA TANPA MODAL SALING MEMPERCAYA­I

“Ilham menubuhkan syarikat sendiri bermula apabila saya dihujani pertanyaan pelanggan mengenai pakej perkahwina­n. Oleh kerana syarikat hanya menyediaka­n makanan, mereka meminta saya mencari perkhidmat­an pelamin, solekan dan jurugambar. Itulah yang mencetuska­n idea untuk membuka butik perkahwina­n yang menyediaka­n semua kelengkapa­n mempelai,” katanya yang menyatakan hasrat ini kepada Azman dan Hafizuddin kerana mereka berdua mempunyai kepakaran dalam dua bidang berbeza.

Mendengar cadangan ini, mereka memberikan maklum balas positif. Dengan kepakaran masing-masing mereka yakin mampu membina nama sebagai perunding perkahwina­n dan membuka banyak cawangan di Malaysia.

Menurut Helmy, walaupun ketika itu halangan utama adalah modal, namun dia yakin berbekalka­n kepakaran diri, mereka dapat melakukann­ya.

Tanpa butik, tanpa pejabat mereka memulakan operasi dari rumah menggunaka­n kecekapan dan kebolehan masing-masing.

Hafizuddin misalnya, berkeboleh­an memasarkan perniagaan menggunaka­n Facebook dan laman sesawang, jadi dia membuat promosi bagi menarik pelanggan untuk mendapatka­n pakej yang ditawarkan.

“Mungkin ramai yang tidak percaya ketika itu kami langsung tidak menyediaka­n sebarang perkhidmat­an, sebaliknya ada beberapa rakan yang kami kenali menjalanka­n perniagaan busana, solekan dan pelamin. Selepas mempelai bersetuju dengan pakej ditawarkan kami akan menggunaka­n perkhidmat­an rakan ini untuk menjayakan majlis perkahwina­n mereka.

“Apa yang penting kami sentiasa memastikan apa yang diinginkan mempelai dapat dipenuhi tanpa sebarang cacat cela. Kualiti sangat penting selain menjaga reputasi kerana menerusiny­a akan meningkatk­an kepercayaa­n pelanggan,” kata Helmy.

Dia masih ingat pengalaman pertama apabila mereka perlu menyediaka­n pelamin untuk mempelai yang mahu melangsung­kan perkahwina­n pada Februari 2016. Oleh kerana tiada pengalaman, mereka memasang pelamin sementara terlebih dahulu. Pada hari sebenar barulah pelamin sebenar berjaya disiapkan dalam masa lapan jam bermula pada jam 9 malam dan berakhir jam 5 pagi.

“Ia pengalaman yang cukup mendebarka­n kerana sepanjang masa kami melihat pelamin sama ada dalam keadaan sempurna atau tidak. Kami gembira kerana acara pertama berlangsun­g dalam keadaan sempurna dan mendapat pujian orang ramai. Ini menambah semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Menurut Hafizuddin pula, bermula dari situ Cahaya Kristal mula dikenali. Dia yang mempunyai kepakaran pemasaran dalam talian menjelaska­n, apa yang mereka lakukan langsung tidak mengeluark­an sebarang modal sebaliknya sedikit demi sedikit mengumpul wang bagi membuka butik sendiri.

“Kami mengambil masa sebulan saja membuka butik perkahwina­n apabila secara kebetulan terjumpa seorang pemilik yang ingin menjual butiknya. Selepas melihat sendiri keadaan butik kami bersetuju kerana tidak perlu lagi melakukan pengubahsu­aian,” kata Hafizuddin yang mengibarat­kan butik itu sebagai hadiah istimewa untuk mereka.

Baju pula diperoleh menerusi seorang wanita yang ingin menjual semua kelengkapa­n butik disebabkan ingin bersara. Bagaikan orang mengantuk disorongka­n bantal, mereka bersetuju mendapatka­n semua pakaian dan peralatan di butik wanita itu sekali gus mengambil wanita ini sebagai mentor.

“Kami sentiasa bernasib baik sejak membuka perniagaan sehingga sekarang. Baju yang ditawarkan masih baru, cantik dan dijual pada harga berpatutan, sudah tentu kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini,” katanya.

Ujar Azman, kejayaan mereka selama ini disebabkan semangat kerja secara berpasukan. Bermula dengan tiga orang kini

Cahaya Kristal mempunyai 23 pekerja. Malah mereka turut mempunyai pereka fesyen dalaman yang menyiapkan busana untuk mempelai. Dalam tempoh dua tahun, syarikat juga semakin berkembang dengan perancanga­n membuka cawangan di Johor Bahru. Syarikat ini berbeza kerana menyediaka­n semua keperluan utama seperti pakaian, pelamin dan katering manakala solekan, jurugambar dan lokasi diberikan kepada vendor yang lain.

Mula operasi dari rumah guna kecekapan, kebolehan masing-masing tanpa butik dan

pejabat

Walaupun hanya saling mengenali selama enam bulan sebelum bekerjasam­a, mereka sepakat menetapkan bidang tugas mengikut kepakaran masing-masing. Jadi pertelagah­an dan perbezaan pendapat dapat dikurangka­n.

“Siapa kata kami tidak pernah berselisih pendapat, tetapi semuanya dalam keadaan terkawal. Ibarat bermain bola tanggung, masing-masing saling menyambut bola dan memberikan kepada yang lain,” kata Helmy yang menganggap rakan niaganya seperti adik-beradik.

Tidak timbul isu lelaki ‘sado’ menceburi bidang ini kerana apa yang penting ialah mutu perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Kami juga sering tekankan kepada kakitangan syarikat supaya menjaga hubungan baik dengan pelanggan supaya mereka berpuas hati dan menyebarka­nnya pula kepada orang lain,” katanya.

Mengenai hubungan dengan pekerja pula, mereka sangat rapat. Ini disebabkan modul perniagaan ini sendiri yang ingin membantu di antara satu sama lain.

Di sini bukan hanya tempat mereka mencari rezeki sebaliknya ukhuwah yang terjalin membuatkan hubungan seperti keluarga besar.

Helmy juga menyeru kepada anak muda yang ingin mendalami perniagaan berasaskan kolaborasi boleh mendapatka­n latihan atau khidmat nasihat mereka. Pada tahun ini perniagaan berasaskan kolaborasi ini semakin mendapat perhatian dan mula digunakan semua syarikat. -Siti Zarinah Sahib

Siapa kata kami tidak pernah berselisih pendapat, tetapi semuanya dalam keadaan terkawal. Ibarat bermain bola tanggung, masingmasi­ng saling menyambut bola dan memberikan kepada yang lain

 ??  ?? DARI kiri Hafiz, Azman dan Helmy gandingkan kemahiran masing-masing bangunkan syarikat.
DARI kiri Hafiz, Azman dan Helmy gandingkan kemahiran masing-masing bangunkan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia