Harian Metro

Manfaat bahan buangan

- Mohd Amin Jalil news@nstp.com.my

Suri rumah tukar jadi produk

untuk jana pendapatan

Bahan buangan atau terpakai bukan saja mampu menjadi hiasan rumah yang unik dan bersifat eksklusif, tetapi juga bernilai tinggi, jika seseorang itu pandai mengubahny­a.

Terdapat beberapa barangan yang boleh dikitar semula bagi membentuk produk baru yang berbeza dari segi rupa dan fungsinya. Justeru itu, tidak hairanlah ada segelintir peminat dan pengusaha yang melakukan aktiviti itu sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa dengan menjadikan ia sebagai sumber menambah pendapatan.

Kreativiti Haslinda

Abd Latif, 34, dari Taman Seremban Jaya Senawang, Seremban Negeri Sembilan, begitu terserlah apabila menggunaka­n bahan terbuang bagi dijadikan produk baru yang kemudian dijual kepada mereka yang berminat membelinya.

Dia menggunaka­n beberapa bahan terbuang antaranya perca kain, seluar jean, botol minuman dan bekas makanan untuk dijadikan pelbagai produk seperti bantal, tilam bayi, aksesori kenderaan dan kediaman, tuala tangan, bekas telur, sarung kusyen, beg tangan, cadar dan perkakasan perkahwina­n.

Suri rumah yang juga ibu kepada tiga orang anak berusia 12, 15 dan 19 tahun itu berkata, aktiviti berkenaan yang bermula pertengaha­n 2015, dijalankan di rumahnya.

“Saya cuba memanfaatk­an semua bahan terbuang terbabit untuk dibuat pelbagai produk kerana mendapati ia mampu menambah pendapatan selain dapat mengisi masa terluang.

“Walaupun aktiviti itu dilakukan di rumah, tetapi sambutan amat baik malah pelanggan tidak putus membuat tempahan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pada mulanya dia melakukan aktiviti itu sekadar hobi bagi memenuhi masa lapang terutama pada hujung minggu dan cuti umum, tetapi selepas mendapat sambutan, dia meningkatk­an lagi produktivi­ti dengan mengeluark­an lebih banyak produk.

“Alhamdulil­lah, melalui aktiviti sampingan itu, saya mampu meraih pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Setiap satu barangan dijual antara RM8 hingga RM250 mengikut jenis dan saiz,” katanya.

Bagi memastikan produk yang dihasilkan unik dan menarik serta mempunyai nilai tersendiri, Haslinda berkata, dia mengikuti beberapa kursus anjuran agensi kerajaan dan swasta termasuk dengan Pusat Latihan Kraftangan EPAL dan Jabatan Pembanguna­n Wanita Negeri Sembilan (JPWNS).

Menurutnya, kursus itu digunakan dengan sebaik mungkin bagi mencipta produk yang lebih berkualiti dan berbeza daripada yang dikeluarka­n usahawan lain selain mampu menyiapkan tempahan dalam tempoh singkat.

“Hasil kursus itu memberi manfaat untuk saya kembangkan lagi bakat selain dapat mempelbaga­ikan produk sekali gus memberi banyak pilihan kepada pembeli.

“Malah, sesuatu produk itu seperti bekas pensil dan cenderahat­i boleh disiapkan dalam tempoh beberapa jam saja manakala cadar dan beg mungkin mengambil masa antara dua ke tiga hari, bergantung kepada reka bentuk yang dimahukan pelanggan,” katanya.

Haslinda yang turut terbabit dalam projek menjahit beg gergasi anjuran Pusat Latihan Kraftangan EPAL pada 2016 sehingga tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBR) pada 2016, berkata, minatnya dalam bidang jahitan mula berputih sebaik tamat sekolah menengah dan kemahiran berkenaan diwarisi daripada ibunya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan aktiviti berkenaan kecuali sebuah mesin jahit dan mesin jahit tepi selain beberapa bahan berkaitan yang perlu dibeli di kedai.

Menurutnya, walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai produk berkaitan di pasaran, namun dia berpuas hati dengan sambutan diberikan pelanggan, bukan saja dari sekitar daerah Seremban, malah dari luar.

“Setakat ini, saya puas hati dengan aktiviti ini kerana ramai pelanggan baru yang menempah dan ada ketikanya tidak cukup tangan untuk menyiapkan tempahan,” katanya.

Beliau bercita-cita menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti dan sedang berusaha mengembang­kan lagi aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan.

 ??  ?? Saya cuba memanfaatk­an semua bahan
terbuang terbabit untuk dibuat pelbagai produk kerana mendapati ia mampu menambah pendapatan selain dapat mengisi masa
terluang GAUN perca kain yang tampak istimewa.
Saya cuba memanfaatk­an semua bahan terbuang terbabit untuk dibuat pelbagai produk kerana mendapati ia mampu menambah pendapatan selain dapat mengisi masa terluang GAUN perca kain yang tampak istimewa.
 ??  ?? GEMBIRA hasil kreatif bahan kitar semula dapat sambutan menggalakk­an.
GEMBIRA hasil kreatif bahan kitar semula dapat sambutan menggalakk­an.
 ??  ?? HASLINDA menunjukka­n beg comel dan kreatif yang
dihasilkan­nya.
HASLINDA menunjukka­n beg comel dan kreatif yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia