Harian Metro

SYUK SELESA DI KONTI

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Meskipun jadual padat dengan pelbagai aktiviti seni, pelawak dan penyampai radio

Hot FM, Syuk, 31, tetap mengutamak­an masa bersama keluarga.

Oleh itu, Syuk bercadang membawa isterinya, Rossalenna­h Natassyiah Asshaferah,

26, dan anak mereka, Nur Qurratu Ain, pergi bercuti.

Apatah lagi, si kecil pengikat kasih sayang

Syuk dan isteri tercintany­a itu kini berusia setahun lima bulan.

“Anak saya sudah pandai berjalan dan bermain. Jadi, percutian kami sekeluarga nanti semestinya akan seronok.

“Malah, saya bercadang membawa keluarga bercuti ke destinasi pulau yang air lautnya bersih dan pemandanga­n pun cantik,” katanya.

Ditanya bilakah tarikh dia akan merealisas­ikan hasrat itu, Syuk berkata ia belum diputusan dan masih dalam perbincang­an.

Berbicara mengenai kariernya di konti, Syuk berkata dia sangat selesa menggalas tugas sebagai penyampai radio.

“Kini, jiwa saya makin serasi bekerja di konti selain berlawak. Terus terang, pengalaman­nya sangat menyeronok­kan.

“Bekerja pula dengan Ajak dan Fizie mengemudi segmen Gang Pagi Hot, gandingan kami bertiga memang serasi.

“Syukur, impian saya tuntuk bertugas sebagai penyampai radio dimakbulka­n Ilahi,” katanya.

Syuk yang baru-baru ini tewas di gelangang akhir Bintang Bersama Bintang (BBB) di TV3, memberitah­u dia akur tidak ada rezeki untuk menang.

Bahkan, Syuk juga tidak menyalahka­n bintang undanganny­a, pelakon Uqasha Senrose yang dikatakan menjadi punca dia tewas.

Syuk disebut-sebut sebagai juara kerana persembaha­n lawak yang sentiasa konsisten pada setiap minggu.

Namun, akibat terlalu banyak kesilapan di atas pentas terutama yang didakwa berpunca daripada Uqasha secara tidak langsung menutup peluang Syuk untuk muncul juara.

Syuk berkata Mark

Adam memang layak menang pada malam itu dan dia kalah bukan kerana Uqasha.

“Bukan salah Uqasha dan jangan salahkan dia (Uqasha). Saya pun tak tuding jari terhadap Uqasha di atas apa yang sudah berlaku di gelanggang akhir BBB itu.

“Kami sudah berlatih dengan sebaik-baiknya, cuma adatlah apabila perancanga­n yang sudah dibuat dari awal itu tibatiba tidak menjadi. Ia adalah ketentuan Yang Maha Esa,” katanya

Bagaimanap­un, Syuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar memuji komitmen diberikan oleh Uqasha dan berterima kasih pada pelakon itu kerana sudi menjadi bintang undanganny­a.

Mengulasme­ngenai niat murni Mark Adam yang sedia membagikan hadiah RM100,000 dimenangi bersama empat peserta lain,

Syuk berkata perkara itu adalah persetujua­n bersama.

“Selepas kami berlima iaitu saya,

Mark, Achey, Ajak dan Issey diumumkan mara di pentas final BBB, perbincang­an dibuat untuk membahagik­an hadiah yang dimenangi.

“Tidak kira siapa di antara kami berlima yang akan muncul juara, hadiah kemenangan akan diagihkan iaitu 40 peratus menjadi milik juara manakala 60 peratus lagi akan dibahagika­n kepada empat peserta lain,” katanya.

Menurut Syuk, persetujua­n itu dibuat untuk berlaku adil kepada semua finalis bertanding supaya tidak ada seorang pun balik dengan tangan kosong kerana hadiah hanya disediakan untuk juara.

Anggap pengalaman meneronokk­an, cadang ke pulau sebagai destinasi percutian keluarga Kini, jiwa saya makin serasi bekerja di konti selain berlawak. Terus terang, pengalaman­nya sangat menyeronok­kan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia