Harian Metro

Tosh menangis bimbang gagal

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Siapa sangka, sejarah tercipta melalui filem biopik, Lee Chong Wei: Rise Of The Legend yang akan menemui penonton bermula 15 Mac ini.

Bukan saja mengharumk­an nama negara, malah barisan pelakon dan kru produksi filem ini turut merasai kemanisann­ya.

Antaranya, pada 9 Mac lalu, lebih 20,000 penonton dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari luar negara hadir pada Tayangan Perdana Dunia filem ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Acara itu turut mencatat rekod dalam Buku Rekod Malaysia dan Buku Rekod Asia sebagai sesi tayangan filem terbesar pernah diadakan.

Itu belum lagi dengan laporan filem ini akan ditayangka­n di lebih 5,000 pawagam di China, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan Singapura, malah bakal menerjah pawagam di Amerika Syarikat pula.

Mendengar satu demi satu pencapaian filem ini, pengarahny­a, Teng Bee, berkata ia cukup membanggak­an untuk sebuah karya dari Malaysia.

“Lebih 3,000 hadir ketika sesi uji bakat lalu, ada yang datang dari China, Taiwan malah Finland. Daripada jumlah itu hanya 40 terpilih menyertai kem latihan dan akhirnya, Tosh Chan menjadi pilihan untuk bawa watak Datuk Lee Chong Wei dewasa.

“Kelebihan yang ada pada Tosh bukan saja pada rupanya yang persis pemain legenda itu, tetapi semangatny­a untuk menjadi seperti idolanya,” kata Teng Bee.

Sebagai pengarah, dia akui gementar kerana ramai meletakkan harapan tinggi dan menjadikan dirinya idola di belakang tabir.

Namun bagi memastikan filem ini mencapai matlamat, soal perasaan perlu diletak tepi kerana bimbang ia memberi kesan kepada penonton. Ini terutama kepada Tosh yang berdepan tekanan pada beberapa minggu awal penggambar­an filem ini.

Katanya, disebabkan pertama kali berlakon, prestasi lakonan pelakon muda itu menurun kerana tertekan dengan jadual penggambar­an dan latihan yang memakan masa panjang.

Malah dia juga pernah beberapa kali menangis kerana berasakan gagal memberi persembaha­n baik di hadapan pengarah dan pelakon lain.

“Ada satu babak besar Tosh alami demam panas sehingga suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Saya tidak tahu mengenai situasi itu dan agak marah kerana dia tidak memberi persembaha­n seperti yang dikehendak­i.

“Selepas bertanya,

Kata-kata motivasi daripada pengarah kembalikan

semangat untuk jayakan watak idola

dunia

barulah dia dedahkan sedang demam. Babak itu perlu disiapkan juga kerana membabitka­n ramai pelakon tambahan dan lokasi penggambar­an pula terhad kerana bertindih dengan Sukan SEA.

“Saya katakan kepada Tosh, watak dipegangny­a ialah idola dunia dan semangat juangnya membuatkan disanjung ramai orang. Saya mungkin idola di sebalik kamera, tapi kamu ialah idola di depan mereka,” katanya.

Tosh akui kata-kata motivasi dilontarka­n pengarah itu mengembali­kan semangat pada hari itu malah kesihatan akibat demam terus hilang. Jejaka berusia 23 tahun asal Johor itu mengakui, tangisan dan kepenatan dilalui selama lebih sebulan penggambar­an tahun lalu hilang begitu saja apabila berjaya merealisas­ikan watak idolanya.

“Saya memang mengagumi Datuk Lee Chong Wei sejak zaman kanak-kanak dan kerana minat, saya sertai sukan badminton malah pernah mewakili Johor ketika usia 12 sehingga 17 tahun.

“Ketika penggambar­an, saya banyak menangis kerana berasakan gagal puaskan hati semua, tetapi pengarah dan pelakon lain beri semangat,” katanya.

Selain diserang demam panas dan meneruskan penggambar­an, antara momen lain diingati adalah ketika menjayakan babak latihan di gelanggang.

Dalam babak itu, dia perlu mengenakan pemberat di kaki untuk latihan melompat dan kru produksi memberikan pemberat sebenar yang sering digunakan dalam latihan badminton.

Perkara itu disedari Datuk Rosyam Nor yang membawa watak Misbun Sidek. Beliau menegur kru kerana memberi pemberat itu untuk dipakai Tosh yang dipercayai boleh membawa kecederaan kepadanya.

“Tapi saya kata tidak mengapa sebab mahu melakukann­ya kerana ia adalah sebahagian daripada latihan yang pernah dilalui idola saya,” katanya latihan itu membuatkan gerak permainann­ya selepas itu menjadi lebih ringan.

Tosh turut mendedahka­n, pengarah memberi tugasan kepadanya untuk mencari 50 karakter dan gerakan daripada Lee Chong Wei.

Karakter dan gerakan itulah digunakann­ya dalam menjiwai watak utama.

Rosyam yang bangga membawa watak Misbun akui bernasib baik kerana meminati dan membesar pada era kegemilang­an bekas pemain badminton kebangsaan itu.

“Menjadi Misbun bukan perlu pastikan saya tiru gayanya, tetapi terjemahka­n semangatny­a dan bagaimana bawa idealoginy­a kepada masyarakat penonton.

“Kelebihan Misbun ialah dia nampak kelebihan yang ada di dalam Lee Chong Wei pada saat banyak pihak cuba menghalang daripada terus melatih pemain itu ketika muda,” katanya.

Malah, ilmu badminton dicurahkan Misbun tidak kenal bangsa dan mendapat sokongan daripada jurulatih lain di luar negara,” katanya.

Beliau akui, akan ada segelintir penonton yang mempertika­i kesamaan dan kemampuann­ya menghidupk­an watak Misbun.

Paling penting adalah kata-kata semangat serta perjuangan­nya untuk melahirkan seorang yang hebat di mata dunia.

Katanya, kisah ini adalah daripada Malaysia dan ia bukan soal bangsa. Apatah lagi, ia menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang mahu berjaya ke peringkat antarabang­sa.

Kata Rosyam, filem ini sebagai arkib untuk rujukan peminat sukan badminton dunia selepas ini.

“Saya tidak mahu orang melihat karya ini sebagai filem sukan, sebaliknya sebagai sebuah pengajaran kepada generasi baru dan lama dalam memberi inspirasi,” katanya ringkas.

Saya memang mengagumi Datuk Lee Chong Wei sejak zaman kanak-kanak dan kerana minat, saya sertai sukan badminton malah pernah mewakili Johor ketika usia 12 sehingga 17 tahun

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? DARI kiri Tosh, Teng Bee dan Rosyam.
FOTO: DARI kiri Tosh, Teng Bee dan Rosyam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia