Harian Metro

Hipokrit dalam Instagram

-

Apa nak jadi dengan pelakon wanita popular seorang ini. Daripada zaman remaja hingga berkahwin, ada anak, bercerai dan kahwin baru, perangai tidak pernah berubah.

Siapa sangka, dalam pada peminat mengikuti perkembang­an hariannya di Instagram (IG) rasmi miliknya, pelakon wanita ini turut memiliki akaun IG peribadi lain.

Kata rakan SS, IG yang menggunaka­n nama lain itu dikhususka­n untuk rakan terdekat saja. Tidak ada seorang pun peminat tahu kewujudan akaun IG berkenaan.

Kisahnya, IG itu diwujudkan bagi memudahkan pelakon wanita ini memaparkan aktiviti harian tanpa perlu berselindu­ng. Pendek kata, paparan gambar dan video pada IG itu tidak bertapis.

Berbeza dengan IG rasmi miliknya, peminat hanya melihat yang baik-baik mengenai pelakon wanita itu. Sedangkan, hakikat sebenar dia ibarat syaitan yang bertopengk­an manusia. Pelakon wanita itu tidak pernah serik atas apa yang pernah menimpa dirinya.

Kata rakan SS lagi, menerusi IG kedua pelakon itu, dia dengan selamba memaparkan kehidupan sebenarnya yang suka meneguk air kencing syaitan, berpakaian separuh bogel dan banyak lagi. Kalau di IG rasmi, dia perlu ‘cover’ sebab bimbang dikecam peminat.

Namun, di IG kedua itu ramai rakan artis lain yang mengikutin­ya yang turut menggunaka­n akaun peribadi lain. Komen yang ditinggalk­an seolah-olah menyokong setiap perkara dilakukan pelakon itu.

Kata rakan SS, pelakon itu sangat berani sebab dia terlalu percayakan rakan yang mengikutin­ya pada IG kedua itu. Bukan apa, bila-bila masa sahaja gambar atau video pada IG itu boleh tersebar sekiranya ada yang tidak puas hati dengannya.

Menurut rakan SS lagi, kebanyakan rakan artis yang mengikuti IG kedua pelakon itu juga sama naik dengan perangainy­a. Malah, ada antara mereka juga dengan selamba bercakap lucah di ruangan komen.

Meski setiap gambar dan video tidak mendapat jumlah ‘like’ beribu, pelakon itu tidak kisah asal sahaja dia dapat melampias dan melepaskan keinginann­ya pada IG berkenaan. Dalam erti kata lain, IG itu medan untuk dia lepas geram. Nak tayang depan khalayak, takut dihentam dan diboikot pula.

SS: Agak keterlalua­n gambar dan video yang dimuat naik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia