Harian Metro

Pengemis ‘sedih’ RM10,000 sebulan

 Peminta sedekah aktif di kawasan lampu isyarat raih RM300 sehari

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

Dengan bermodalka­n wajah sedih, setiap pengemis yang aktif di persimpang­an lampu isyarat di bandar ini dipercayai mampu meraih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan.

Mereka juga sering berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dan menjalanka­n kegiatan itu pada waktu tertentu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, berdasarka­n siasatan, golongan terbabit melakukan kegiatan itu berikutan masalah kewangan.

“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.

“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatka­n hasil lebih lumayan.

“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempa­k dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.

Mengulas lanjut, Normawarni berkata, pihaknya menerima 10 aduan orang awam berkaitan aktiviti mengemis di persimpang­an lampu isyarat di beberapa lokasi di bandar raya ini, sejak tahun lalu hingga Januari tahun ini.

Beliau berkata, berdasarka­n aduan diterima, JKM bertindak menyelamat­kan semua mereka.

Menurutnya, penahanan turut membabitka­n dua wanita Rohingya berusia 30-an bersama empat kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga tiga tahun, selain seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.

Katanya, pihaknya turut menyelamat­kan tiga lelaki tempatan berusia antara 50 hingga 60-an.

“Tiga lelaki itu yang diselamatk­an berstatus warganegar­a dan pernah melakukan kesalahan mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977 pada 2016.

“Ketika itu mereka dibebaskan dengan amaran tidak melakukan kesalahan sama. Namun berikutan masih mengulangi kesalahan, mereka dihantar ke institusi kebajikan bagi menjalani pemulihan yang sesuai pada tahun lalu,” katanya.

Normawarni berkata, JKM tiada maklumat membuktika­n bahawa kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.

Menurutnya, kebanyakan individu yang diselamatk­an didapati melakukan aktiviti mengemis bagi kegunaan diri sendiri termasuk ada yang mampu mengumpul hasil mengemis RM300 setiap hari.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan aktiviti berkenaan di daerah Johor Bahru boleh menghubung­i Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru di talian 07-2232606 atau melaporkan di Talian Nur di 15999.

“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatka­n sumber kewangan dan terus menjalanka­n aktiviti berkenaan,” katanya.

FAKTA 10 aduan aktiviti

mengemis di persimpang­an

lampu isyarat

 ??  ?? PENGEMIS dipercayai warga asing meminta sedekah sambil menjual tisu berhampira­n lampu isyarat Jalan Skudai ke Plaza Angsana Johor Bahru.
PENGEMIS dipercayai warga asing meminta sedekah sambil menjual tisu berhampira­n lampu isyarat Jalan Skudai ke Plaza Angsana Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia