Harian Metro

Lelaki ditahan sorok landak, burung helang

-

Kuala Lumpur: Sorok landak raya dan burung helang di belakang rumah dipercayai untuk dijual kepada sindiket serta pengusaha restoran makanan eksotik secara haram.

Itu tindakan seorang lelaki berusia 40-an yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (PERHILITAN) Perak di rumahnya di Sungkai di sini, semalam.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata, kegiatan itu dibongkar selepas kediaman lelaki itu diperiksa anggota Perhilitan susulan maklumat diperolehi.

Menurutnya, pemeriksaa­n dilakukan menemui sangkar besar di belakang kediaman milik lelaki itu.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui dua ekor helang dan enam ekor landak raya disorokkan di dalam sangkar itu.

“Lelaki itu gagal memberi alasan munasabah terhadap tindakanny­a menyimpan haiwan liar dilindungi itu. Malah lelaki itu tidak mempunyai permit khas Perhilitan untuk menangkap atau menyimpan hidupan liar itu,” katanya.

Menurutnya, haiwan liar ditemui itu dipercayai menunggu masa untuk dijual kepada pengusaha restoran makanan eksotik dan sindiket menjual hidupan liar.

“Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. Dia bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan.

“Semua hidupan liar yang dirampas itu kemudian dibawa ke pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, suspek akan diambil tindakan mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang memperuntu­kkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 ??  ?? LANDAK raya dan burung helang yang dirampas.
LANDAK raya dan burung helang yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia