Harian Metro

Makan terajang setiap hari

- Amrullah Abdul Karim news@nstp.com.my

Cedera pecah tisu pinggang kiri, koyak tisu kaki kanan dan lebam di beberapa bahagian badan akibat diterajang serta ditumbuk dua senior.

Itu kesan kecederaan dalaman dan kesakitan dialami seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, di sini, akibat dibuli pelajar senior sejak lebih dua bulan menuntut di pusat pengajian agama itu.

Mangsa, Syed Khairun Hazim Syed Husain, 13, berkata, dia dibuli hampir setiap hari hanya kerana tidak menuruti permintaan pelajar senior.

Dia mendakwa, dua senior lelaki berusia 14 tahun itu akan menyepak dan menumbukny­a hanya kerana tidak menuruti arahan mengambil air minuman dan jubah.

“Mereka suruh saya ambil air tapi bila tak ikut cakap, dia akan sepak saya dan tumbuk di perut. Begitulah saya diperlakuk­an hampir setiap hari sejak berada di tahfiz itu.

“Mereka ugut kalau beritahu ustaz, saya akan kena lebih teruk lagi. Jadi saya terpaksa tutup mulut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kasturi di sini, petang semalam.

Syed Khairun Hazim berkata, kerana tidak tahan dengan perbuatan itu, dia nekad melarikan diri dari pusat tahfiz itu bersama seorang rakan, Wan Muhammad Arfan Wan Mohamad yang juga mangsa buli senior, jam 4.30 pagi kelmarin.

Mereka keluar dan berjalan lebih lima kilometer untuk mendapatka­n pertolonga­n orang kampung sebelum ditumpangk­an pemandu lori yang menghantar mereka pulang ke rumah.

Sementara itu, bapa mangsa, Syed Husain Syed Abu Samah, 38, berkata, dia menuntut keadilan terhadap nasib dialami anaknya dan mahu pihak berkuasa menyiasat insiden itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pengadu dan pelajar senior terbabit namun kes masih disiasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mudir Maahad Tahfiz Al Kholidi, Yunus Kamaruddin ketika ditemui berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalanka­n siasatan dan pihaknya sudah mengambil tindakan menggantun­g pengajian dua pelajar terbabit serta-merta, semalam.

Menurutnya, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyelesai­kan kes itu selain memastikan perkara sama tidak akan berulang.

 Pelajar tahfiz pecah tisu pinggang kiri, koyak tisu kaki kanan, lebam dibuli dua senior

Kerajaan akan melaksanak­an projek tanaman durian musang king di kawasan FELDA dalam usaha meningkatk­an pendapatan peneroka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, FELDA Neram 1 di sini, akan menjadi perintis bagi tanaman fasa pertama membabitka­n 600 pokok.

Beliau berkata, hasil jualan durian musang king akan menjadi sumber pendapatan baharu rakyat berikutan permintaan tinggi terhadap durian berkualiti dari luar negara terutama China.

“Selain kelapa sawit, projek perintis durian musang king di FELDA Neram 1 ini bakal menjadi sumber kekayaan kepada pengusahan­ya.

“Projek ini akan dilaksanak­an juga di FELDA Neram 2, FELDA Cherul 1 dan dan FELDA Seberang Tayur termasuk FELDA Kerteh 5 dan 6,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Perintis Ladang Durian Sumber Kekayaan Baharu di FELDA Neram 1, di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, setiap kawasan tanaman yang akan dilaksanak­an itu membabitka­n keluasan 20 hektar.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Musang King, nanas MD2 dan kelapa juga tanaman yang menjadi sumber kekayaan baru kepada pengusahan­ya.

 ?? FOTO: AMRULLAH ABDUL KARIM ?? SYED Husain menenangka­n Syed Khairun Hazim ketika menceritak­an detik dia disepak dan ditumbuk dua pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam.
FOTO: AMRULLAH ABDUL KARIM SYED Husain menenangka­n Syed Khairun Hazim ketika menceritak­an detik dia disepak dan ditumbuk dua pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam.
 ??  ?? AHMAD Shabery
AHMAD Shabery

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia