Harian Metro

SPRM ‘jenguk’ kelab sukan JKR

-

Kota Bharu: Kelab Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan kini dalam pemerhatia­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sumbangan bagi kepentinga­n kelab terbabit.

SPRM mula ‘menjenguk’ kelab sukan itu selepas dikatakan menerima dua aduan, hujung tahun lalu oleh beberapa individu yang juga pembekal projek kendalian jabatan berkenaan.

Sumber memberitah­u kumpulan NSTP, kakitangan jabatan itu meminta sumbangan daripada pembekal terbabit sebagai imbuhan atau hadiah selepas diberikan projek tertentu.

“Mereka (kakitangan JKR) beranggapa­n tidak salah (meminta sumbangan) dan menganggap ia hadiah ketika menerima wang daripada pembekal bagi digunakan untuk jamuan kelab mereka termasuk ketika Aidilfitri.

“Difahamkan, bukan semua wang sumbangan itu diberikan kepada bendahari kelab sukan itu. Sebahagian­nya dipercayai masuk poket kakitangan tertentu bagi kegunaan sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sumber berkata, salah laku itu dipercayai sudah lama berlarutan tanpa pengetahua­n ketua jabatan mereka.

“Sepasukan pegawai SPRM negeri ke pejabat JKR negeri, awal tahun ini selepas mendapat aduan terbabit dan menyaranka­n supaya ketua jabatan mereka mengambil tindakan susulan mengenai isu itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKR negeri, Datuk Razani Ab Lazid berkata, jabatannya sudahpun mengambil tindakan ke atas kakitangan daripada kelab sukan jabatan terbabit yang didapati meminta sumbangan

daripada pembekal yang berurusan dengan mereka.

“Selepas siasatan dilakukan unit integriti kami, kami bersetuju menukarkan kakitangan sokongan yang berusia 40-an itu ke negeri lain.

“Kami percaya ini membabitka­n isu teknikal dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah kerana mencalarka­n imej kami,” katanya.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof dilaporkan berkata, seorang penjawat awam hanya boleh menerima hadiah jika ia tiada kaitan dengan pekerjaan mereka.

Bagaimanap­un, pihaknya menerima maklumat ada kalangan penjawat awam memperoleh hadiah atau derma daripada pihak yang mempunyai urusan rasmi dengan jabatan untuk kelab sukan mereka.

 ??  ?? RAZANI
RAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia