Harian Metro

Lulus RM5.7j bina susur keluar lebuh raya Pasir Hor ke Perol

-

Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM5.7 juta bagi pembinaan susur keluar lebuh raya dari Pasir Hor ke Perol, di sini, yang sudah siap pembinaann­ya, sejak setahun lalu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPN), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lebuh raya berkenaan sebelum ini menjadi projek gajah putih apabila tidak dapat digunakan rakyat berikutan tiada susur keluar.

“Saya membuat surat kepada Kementeria­n Kerja Raya dan Alhamdulil­lah kerajaan meluluskan peruntukan RM5.7 juta bagi membolehka­n pembinaan susur keluar.

“Sebelum ini, rakyat juga memohon untuk kemudahan susur berkenaan dan kelulusan itu membuktika­n Kerajaan Pusat prihatin terhadap rakyat Kelantan.

“Projek itu dijangka mengambil masa selama enam bulan dan semestinya menggembir­akan rakyat apabila lebuh raya dapat digunakan selepas ini,” katanya selepas mesyuarat di Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP), di sini, semalam.

Projek Lebuhraya Pasir Hor ke Perol membabitka­n 10.5 kilometer (km). Ia adalah sebahagian daripada pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 km yang dilaksanak­an Kerajaan Pusat dengan kos RM1.8 bilion.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan berkata, pada mesyuarat berkenaan, beberapa kelewatan membabitka­n projek turut dibangkitk­an dan berharap perkara itu dapat diatasi sebaik mungkin.

Dalam perkembang­an lain, Mustapa berkata, hasil taklimat daripada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah dimulakan dan kini berjalan lancar.

Terdahulu, Mustapa menyampaik­an sumbangan kepada lima pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017.

Turut menerima sumbangan enam sekolah yang mencapai keputusan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia