Harian Metro

Mati bersama

 Dua budak lemas ketika memancing di kolam tadahan

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

Dua sahabat ditemui lemas selepas terjatuh ketika memancing di kolam tadahan di Bukit Chabang, di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Addam Mat Desa dan Muhammad Rabbani Zaini, masing-masing berusia 10 tahun dipercayai lemas sejak pagi sebelum mereka ditemui penduduk kampung jam 5.25 petang.

Saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, dua kanak-kanak terbabit yang juga rakan sekelas di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi kerap ke kolam berkenaan untuk memancing.

“Hobi mereka memancing, malah sebelum ini emak mereka juga melarang daripada memancing di kolam berkenaan.

“Saya difahamkan hanya mereka berdua yang pergi memancing di kolam tadahan berkenaan hari ini (semalam),” katanya di pekarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superitend­an Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan.

“Tiada saksi ketika kejadian berlaku. Berdasarka­n maklumat bomba, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia empat jam sebelum mayat mereka ditemui jam 5.25 petang.

“Hasil siasatan tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian ini. Kami juga menemui dua joran yang digunakan mangsa, selain motosikal Honda C70 yang dinaiki untuk ke kolam berkenaan.

“Kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Tinjauan wartawan NSTP di pekarangan hospital petang semalam mendapati keluarga kedua-dua kanak-kanak itu masih terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka.

Difahamkan, ibu dan bapa dua sahabat itu yang masih sedih selepas mengetahui kejadian itu enggan ditemu bual wartawan.

FAKTA Polis temui dua joran digunakan mangsa selain motosikal Honda

C70 dinaiki

 ?? FOTO: AZHAR RAMLI ?? MAYAT seorang daripada dua pemancing yang ditemui lemas di sebuah kolam tadahan di Bukit Chabang, Padang Besar dibawa anggota polis untuk dibedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah.
FOTO: AZHAR RAMLI MAYAT seorang daripada dua pemancing yang ditemui lemas di sebuah kolam tadahan di Bukit Chabang, Padang Besar dibawa anggota polis untuk dibedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia