Harian Metro

Dukung 2 anak terjun rumah

-

Baling: Tindakan pantas seorang bapa yang menggadai nyawa mendukung dan memapah dua anaknya untuk terjun dari pintu rumah setinggi 1.5 meter berjaya menyelamat­kan mereka dalam kejadian kebakaran di Kampung Sisik Lantai, Kuala Ketil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Isahak Harun, 60, bersama anaknya, Muhammad Syafii Ikmal, 13, dan Nuraida, 10, terpaksa bertindak sedemikian bagi menyelamat­kan diri daripada terperangk­ap dalam kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke ruang tamu.

Isahak berkata, dia yang ketika itu bersiap untuk menunaikan solat Subuh sementara anaknya ingin mandi untuk ke sekolah terkejut melihat api merebak dengan cepat dan terus terjun ke luar rumah.

Menurutnya, mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamat­kan apa-apa barangan di dalam rumah, selain wang tunai RM2,500 turut hangus dalam kebakaran itu.

“Saya menjerit meminta pertolonga­n jiran membantu memadamkan kebakaran itu menggunaka­n air paip, tetapi gagal kerana api merebak dengan cepat sebelum menghubung­i bomba.

“Saya tinggal menyewa di rumah ini bersama dua anak dan isteri, Jamilah Abdullah, 40, sejak tujuh tahun lalu, tetapi hari ini isteri tiada di rumah kerana pulang ke Thailand atas urusan keluarga,” katanya di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang bekerja mengambil upah membuat rumah berkata, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan Aman Jaya yang datang tidak lama kemudian berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Saya bersyukur kerana kami terselamat, namun sedih kerana semua barangan termasuk peralatan persekolah­an anak gagal diselamatk­an menyebabka­n kerugian kira-kira RM8,000,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi BBP Sungai Petani, Pegawai Bomba tinggi (PBT) Anwarzaini Zakaria berkata, seramai 11 anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Ketil dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba jam 6.50 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa rumah mangsa di Kampung Sisik Lantai yang musnah dalam kebakaran, semalam. Gambar kecil, penduduk membantu mengawal kebakaran.
ANGGOTA bomba memeriksa rumah mangsa di Kampung Sisik Lantai yang musnah dalam kebakaran, semalam. Gambar kecil, penduduk membantu mengawal kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia