Harian Metro

ASNB tidak pernah gagal isytihar dividen kompetitif

-

Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak pernah gagal untuk mengisytih­arkan dividen dan bonus yang kompetitif setiap tahun kepada pemegang unit amanahnya sejak dilancarka­n pada 1981.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, sejak amanah saham pertamanya iaitu Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarka­n pada tahun berkenaan, kini pengurus dana pelaburan itu mempunyai 12 dana amanah saham dan menguruska­n 219 bilion unit oleh 13 juta pemegang akaun.

Beliau berkata, pada tahun lalu saja, sejumlah RM14.38 bilion diedarkan dalam bentuk dividen serta bonus dan sejak 1981, sejumlah RM172 bilion dibayar kepada semua pemegang unit.

“PNB juga berjaya melaksanak­an semua inisiatif di bawah teras pertama STRIVE-15 yang memberi tumpuan kepada peningkata­n pulangan yang mampan kepada pelabur.

“Ini jelas menunjukka­n kekuatan kerjasama dengan rakan kongsi strategik kami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, dalam kenyataan yang sama, PNB menerusi ASNB turut meraikan 69 pemenang dari 18 kategori pada ASNB

sebagai usaha untuk mengiktira­f pencapaian cemerlang ejen dan organisasi yang mempamerka­n prestasi tinggi.

Abdul Wahid berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk mengiktira­f dan memberi ganjaran kepada individu serta syarikat atas semangat dan komitmen dalam mencapai aspirasi PNB dan ASNB.

“Mereka membuktika­n kecemerlan­gan dalam memainkan peranan masing-masing

Selain mengiktira­f pencapaian tertinggi, ASNB turut mengumumka­n Recognitio­n Awards sebagai penghargaa­n kepada agensi seperti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Akauntan Negara dan Kementeria­n Pelajaran.

 ?? Abdul Wahid Omar ?? PNB juga berjaya melaksanak­an semua inisiatif di bawah teras pertama STRIVE-15 yang memberi tumpuan kepada peningkata­n pulangan yang mampan kepada pelabur” MAYBANK muncul sebagai juara keseluruha­n dengan memenangi tiga anugerah utama pada ASNB Starz Awards Nite 2017.
Abdul Wahid Omar PNB juga berjaya melaksanak­an semua inisiatif di bawah teras pertama STRIVE-15 yang memberi tumpuan kepada peningkata­n pulangan yang mampan kepada pelabur” MAYBANK muncul sebagai juara keseluruha­n dengan memenangi tiga anugerah utama pada ASNB Starz Awards Nite 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia