Harian Metro

Rancang jual 120%

 Hitachi Sales optimis capai pertumbuha­n dagangan disokong pengenalan produk baru

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Bhd optimis untuk mencapai pertumbuha­n jualan 120 peratus bagi 2018 disokong dengan pengenalan barisan produk barunya.

Pengurus Besar Jualan, Pemasaran, Pentadbir Jualan dan Perkhidmat­annya, Lim Lain Tien Steven berkata, Hitachi tampil dengan siri terbarunya yang direka bentuk dengan konsep mesra pengguna dan teknologi Inveter.

Katanya, antara kelengkapa­n peralatan rumah yang diperkenal­kan tahun ini ialah Peti Sejuk Hitachi yang bertaraf dunia siri Big French Deluxe, Mesin Basuh siri Ultra -Stream Wash, Penyaman Udara Teknologi Inverter Vector DC, Periuk Nasi Pemanas Induksi dan Vakum Pelbagai Nozel.

“Bagi setiap kategori produk kami menjangkak­an penguasaan pasaran naik kepada 10 peratus tahun ini.

“Kami turut melihat permintaan konsumer terhadap peralatan kelengkapa­n rumah semakin baik tahun ini dan ia bakal menyumbang kepada jualan kumpulan,” katanya kepada media selepas pelancaran produk baru Hitachi di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusannya, Takahiro Ishii.

Sementara itu, Takahiro berkata, Hitachi dikenali kerana menggabung­kan teknologi termaju dalam produknya ditambah dengan kepercayaa­n yang terbina bersama reputasiny­a sepanjang 100 tahun sebagai jenama boleh dipercayai.

“Semakin ramai pengguna yang mengingink­an peralatan rumah yang lebih tahan lama dan dapat membantu meringanka­n kerja rumah mereka.

“Semua produk yang kami pamerkan ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk membawakan kemudahan dan kualiti hidup kepada pengguna kami,” katanya.

 ??  ?? LIM (kiri) bersama Takahiro melancarka­n siri produk terbaru Hitachi di One World Hotel.
LIM (kiri) bersama Takahiro melancarka­n siri produk terbaru Hitachi di One World Hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia