Harian Metro

Rumah tamu platform pelaburan baru

-

Shah Alam: Perniagaan rumah tamu atau homestay menawarkan potensi kepada pelabur hartanah untuk menjana pendapatan tinggi berikutan terdapat peningkata­n dalam aktiviti pelanconga­n domestik pada masa ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCribBook­ing.com, Akmal Nizam Abd Halim berkata, perniagaan itu juga dilihat sebagai platform terbaik dalam membantu mereka untuk mengelakka­n diri daripada berada dalam aliran tunai negatif kerana terpaksa membayar ansuran bank yang tinggi untuk pinjaman hartanah masing-masing.

“Pelabur hartanah memang boleh memanfaatk­an unit hartanah mereka melalui perniagaan rumah tamu ini namun kebanyakan dari mereka masih tidak melaksanak­an strategi tepat dalam menjalanka­n aktiviti terbabit,” katanya pada sesi perbincang­an mengenai

Strategi Homestay bersempena Pameran Hartanah MyRumah 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata, pelabur hartanah perlu menetapkan matlamat utama dalam menjalanka­n perniagaan rumah tamu dan tidak seperti perniagaan rumah sewa bagi memastikan ia mampu memberi pulangan baik kepada mereka.

Menurutnya, mereka juga harus memilih lokasi yang tepat dengan melakukan kajian teliti dan menilai potensi kawasan terbabit bagi membolehka­n kadar pendudukan rumah tamu mereka berada pada tahap baik.

“Mereka perlu tahu menawarkan harga menarik kepada pelanggan bergantung kepada musim dan tidak hanya memberi harga tetap pada setiap masa bagi menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.

Pada masa sama, Akmal berkata, pelabur hartanah mesti lebih kreatif dalam melaksanak­an strategi pemasaran dengan memaparkan unit rumah tamu mereka melalui platform atas talian dengan kualiti gambar yang tinggi.

 ??  ?? Pelabur hartanah memang boleh memanfaatk­an unit hartanah mereka melalui perniagaan rumah tamu”
Akmal Nizam
Pelabur hartanah memang boleh memanfaatk­an unit hartanah mereka melalui perniagaan rumah tamu” Akmal Nizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia