Harian Metro

KAKI PUTUS JADI BANTAL

- Agensi

Kaki seorang lelaki yang terputus akibat kemalangan jalan raya dijadikan bantal ketika dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana hospital di Jahnsi itu kekurangan bantal, kelmarin.

Susulan itu, kerajaan mengarahka­n siasatan dilakukan terhadap kejadian yang berlaku di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmi Bai Jhansi terbabit.

Menurut laporan media India, Ghanshyam, 28, yang bekerja sebagai pencuci bas sekolah dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Mauranipur.

Hindustan Times melaporkan, pengetua kolej perubatan itu, Dr Sadhna Kaushik berkata, jawatankua­sa empat ahli ditubuhkan untuk mengenal pasti kakitangan hospital yang bertanggun­gjawab dalam kejadian berkenaan.

“Dr Rajeev Sinha (ketua jabatan pembedahan) yang mengetuai jawatankua­sa itu akan menyediaka­n laporan dalam tempoh 48 jam. Tindakan akan diambil berdasarka­n keputusan laporan terbabit.

“Saya sudah menemui 30 orang di wad kecemasan namun, tidak seorang pun melihat siapa melakukann­ya,” katanya yang menganggap kes itu sebagai khianat.

Kolej perubatan itu juga akan melihat rakaman CCTV untuk mengesan kakitangan yang bertanggun­gjawab melakukan tindakan yang disifatkan sebagai memalukan.

Menurut Times of India, Sadhna berkata, ahli keluarga mangsa termasuk abang dan ibunya menemani ke hospital sambil membawa kakinya yang terputus itu.

Namun menurutnya, seorang daripada mereka tidak menyerahka­n kaki itu kepada doktor atau kakitangan lain selepas selesai

 Hospital disiasat jadikan kaki pesakit terputus sebagai bantal

formaliti undang-undang.

Keluarga itu membawa sebiji bantal yang digunakan pihak hospital untuk melapik paha mangsa yang berada di atas pengusung.

Ibu mangsa, Devki memberitah­u pihak berkuasa, doktor meletakkan kaki yang terputus itu untuk mengalas kepala memandangk­an mereka tidak cukup bantal.

Ketua perubatan, Harish Chandra Arya berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sebaik selesai siasatan.

 ??  ?? PETIKAN rakaman video menunjukka­n kaki mangsa dijadikan bantal. - Agensi
PETIKAN rakaman video menunjukka­n kaki mangsa dijadikan bantal. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia