Harian Metro

BAKAL CABAR BWF

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

 Dua pemain badminton profesiona­l berdepan hukuman mandatori, akan bawa kes ke CAS

Dua pemain badminton negara yang disyaki terbabit dalam dakwaan mengatur perlawanan akan mencabar keputusan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Sumber rapat badan dunia itu berkata, pengumuman rasmi dijangka akan dibuat minggu ini dan ia tampak tidak akan memihak kepada dua pemain terbabit.

Jika didapati bersalah, kedua-dua pemain akan digantung seumur hidup.

“Daripada apa yang saya dengar, dua pemain itu akan mencabar keputusan BWF di CAS.

“Untuk mengekalka­n keputusan yang positif, kedua-dua pemain itu terus berdiam diri, anda tidak akan melihat atau mendengar mereka bercakap dengan sesiapa mengenai apa pun,” kata sumber itu.

Bulan lalu, Sukan NSTP mengejutka­n dunia badminton menerusi pendedahan

Kuala Lumpur: Goh Soon Huat-Shevon Lai dijangka kembali menjadi beregu campuran nombor satu negara apabila mereka menjuarai Terbuka Jerman di Mulheim, semalam.

Selepas hilang gelaran nombor satu kepada rakan sepasukan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bulan lalu, pasangan negara yang akan menyertai Sukan Komanwel Gold Coast itu menepati ramalan sebagai pilihan ketiga selepas menundukka­n beregu Denmark, Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 sekali gus memenangi kejuaraan antarabang­sa ketiga mereka.

Pada 2016, pasangan nombor 10 dunia itu memenangi Cabaran Antarabang­sa Malaysia selain Terbuka Scotland di Glasgow.

Kemenangan itu satu suntikan semangat buat juara kebangsaan itu, yang akan melakukan penampilan sulung pada Seluruh skandal mengatur perlawanan membabitka­n dua pemain negara.

Kedua-dua pemain yang kini digantung sementara daripada semua kejohanan ketika menanti siasatan juga menghadiri sesi pendengara­n di Singapura dengan mereka berdepan panel tiga individu bebas dilantik BWF.

Kedua-dua pemain itu didakwa terhadap enam dakwaan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan antara 2013 hingga 2016.

Disebabkan kes itu kali pertama berlaku dalam sejarah badminton, BWF dijangka akan menjatuhka­n hukuman mandatori (penggantun­gan seumur hidup).

“Ia tampak tidak memihak mereka, saya percaya BWF akan menggantun­g dua pemain ini,” menurut sumber itu.

Ditanya sama ada badan dunia itu akan mengadakan sidang akhbar, sumber itu berkata: “Saya tidak rasa akan ada, mereka mungkin hanya akan meletakkan pengumuman rasmi dalam laman sesawang rasmi mereka, itulah BWF.”

Walaupun BWF masih belum mendedahka­n nama pemain terbabit, juara remaja dunia 2011 Zulfadli Zulkiffli dan pemain Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang dilihat menghadiri sesi pendengara­n di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu. perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tersingkir pada separuh akhir kelmarin, tewas 17-21, 21-18, 19-21 kepada pilihan keenam Takuto Inoue-Yuki Kaneko dari Jepun.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SOON Huat (kanan) dan Shevon ketika beraksi di Kejohanan Badminton Celcom Axiata 2018.
SOON Huat (kanan) dan Shevon ketika beraksi di Kejohanan Badminton Celcom Axiata 2018.
 ?? Sumber ?? Untuk mengekalka­n keputusan yang positif, kedua-dua pemain itu terus berdiam diri, anda tidak akan melihat atau mendengar mereka bercakap dengan sesiapa mengenai apa pun” GAMBAR Zulfadli yang sempat dirakam media ketika dia berada di Singapura bagi...
Sumber Untuk mengekalka­n keputusan yang positif, kedua-dua pemain itu terus berdiam diri, anda tidak akan melihat atau mendengar mereka bercakap dengan sesiapa mengenai apa pun” GAMBAR Zulfadli yang sempat dirakam media ketika dia berada di Singapura bagi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia