Harian Metro

Siau intai peluang ke final

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penembak dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Siau Cuili (gambar) berharap dia mampu mara ke final dalam acara 10 meter air pistol individu wanita pada Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSG) di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.

Katanya, selain ingin ke final, dia juga berhasrat menjadikan kejohanan itu sebagai medan menimba pengalaman tatkala ramai penembak bertaraf dunia mengambil bahagian.

“Untuk kejohanan ini sasaran saya adalah ke final acara 10m air pistol. Tapi saya tidak berasa tertekan kerana menganggap kejohanan ini sebagai tempat mencari pengalaman.

“Penembak berpengala­man negara seperti Eddy Chew turut memberikan tunjuk ajar kepada saya seperti mengubah posisi bagi mendapatka­n tembakan yang tepat selain menegur sekiranya melakukan kesilapan,” kata Siau Cuili, yang turut beraksi dalam acara 25m sport pistol individu dan berpasukan wanita serta acara berpasukan 10m air pistol.

WUSG 2018 akan berlangsun­g di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang dari 14 hingga 18 Mac ini menyaksika­n 24 negara mengambil bahagian.

Turut serta penembak dari Itali, Perancis, Poland, Russia, Republik Czech serta pasukan terkuat Asia termasuk China dan India.

Ia menghimpun­kan 277 penembak dan 84 pegawai yang akan bersaing dalam tiga disiplin menembak iaitu rifle, pistol dan shotgun (skeet dan trap) dengan Malaysia menampilka­n 15 penembak pada kejohanan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia