Harian Metro

Mampu ganti Kumar

 Hafizuddin, Hairi diberi kepercayaa­n beraksi di Gold Coast

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen tetap berpuas hati dengan pencapaian dua penjaga gol negara, Hafizuddin Othman

(gambar) dan Hairi Rahman pada Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir di Ipoh kelmarin.

Meskipun tidak mampu menyamai kehebatan penjaga gol utama negara, S Kumar yang sedang berdepan hukuman penggantun­gan sementara, Stephen yakin kedua-duanya boleh diberi kepercayaa­n untuk beraksi pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.

Ketika ini, Kumar diketepika­n sementara selepas didapati positif menggunaka­n bahan terlarang sibutramin­e pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh tahun lalu.

Sudah pasti Kumar tidak akan beraksi di Gold Coast kerana sedang menunggu tarikh sesi pendengara­n daripada Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH).

“Bagi saya, kedua-dua penjaga gol negara sudah mempamerka­n prestasi terbaik mereka. Tak dapat dinafikan mereka juga ada melakukan kesilapan mudah.

“Tapi inilah matlamat asal yang saya mahukan daripada kejohanan ini, iaitu mereka perlu mendapat pendedahan sebanyak mungkin dan kemudian belajar daripada segala kesilapan itu,” katanya.

Jelas Stephen, beliau percaya kedua-dua penjaga gol negara itu dapat memperbaik­i prestasi mereka jika terus diberi peluang beraksi di kejohanan besar.

“Daripada segala pengalaman itulah mereka kemudian akan menjadi lebih baik. Secara keseluruha­n, walaupun kecewa gagal melangkah ke final dan juga menduduki tempat ketiga, saya rasa setiap pemain yang beraksi sudah memberikan segala-galanya,” katanya.

Malaysian Tigers menamatkan saingan Piala Sultan Azlan Shah dengan menduduki tempat keempat selepas tewas 2-3 kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Argentina dalam aksi penentuan tempat ketiga-keempat kelmarin.

Stephen nyata mengotakan janjinya apabila Hairi dan Hafizuddin diberi peluang sama rata untuk turun beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah sehinggaka­n tiada jurang yang besar antara mereka.

Mengulas mengenai pemain yang akan menggalas tugas ke Sukan Komanwel, Stephen tidak menolak untuk melakukan rombakan kecil.

“Saya perlu melihat kepada situasi beberapa pemain yang cedera dan tidak dapat beraksi di Piala Sultan Azlan Shah. Antaranya kapten, Sukri (Abdul Mutalib). Saya mempunyai masa kurang dua minggu untuk melakukan penilaian semula ke atas semua pemain,” katanya.

Skuad negara akan berlepas ke Gold Coast pada 26 Mac ini.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN negara, Fitri Saari (kiri) bertembung dengan penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27, kelmarin.
FOTO: PEMAIN negara, Fitri Saari (kiri) bertembung dengan penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia