Harian Metro

Serena jumpa Venus sekali lagi

-

Indian Wells, Amerika Syarikat: Serena Williams

meneruskan langkah bergaya sejak kembali menyertai kejohanan dengan kemenangan 7-6 (7/5), 7-5 ke atas Kiki Bertens pada Terbuka BNP Paribas semalam dan akan bertemu kakaknya Venus pada pusingan ketiga.

Serena yang kembali menyertai sukan itu selepas berehat lebih setahun untuk melahirkan anak, ada ketikanya bergelut, namun mengerah sepenuh tenaganya

(gambar)

untuk menewaskan pilihan ke-29 dari Belanda di Indian Wells, California.

“Dia bermula dengan penuh kekuatan,” kata Serena yang juga juara Grand Slam 23 kali.

“Saya terfikir untuk meneruskan permainan dan lakukan yang terbaik. Saya gembira berada di luar sana. Semuanya menjadi bonus.”

Venus mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain Romania, Sorana Cirstea 6-3, 6-4.

Ia bakal menjadi pertemuan terawal buat kedua-dua beradik sejak aksi profesio- nal pertama mereka pada pusingan kedua Terbuka Australia 1998. Perlawanan esok bakal menjadi yang ke-29 antara mereka yang mana Serena memenangi rekod pertemuan mereka 17-11.

Venus berkata, adiknya seolah-olah tidak meninggalk­an gelanggang sepanjang tempoh rehatnya itu.

“Dia tidak kelihatan canggung di gelanggang,” kata Venus.

Turut mara ke pusingan ketiga juara bertahan Elena Vesnina, yang menewaskan pemain AS, Catherine Bellis 2-6, 6-1, 6-1. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia