Harian Metro

Barca selesa teraju takhta

- Reuters

Barcelona yang beraksi tanpa Lionel Messi menang 2-0 mengatasi kelab bawahan, Malaga hasil jaringan Luis Suarez

dan Philippe Coutinho, sekali gus melonjakka­n kelab Catalunya itu 11 mata di puncak La Liga Sepanyol, sementara Real Madrid menang 2-1 di Eibar.

Messi terlepas aksi liga buat kali pertama musim ini

(gambar)

bagi menyambut kelahiran anak ketiganya, Ciro tetapi Barca tetap unggul buat pasukan tuan rumah yang menyaksika­n penyerang mereka, Samu Garcia dilayang kad merah pada minit ke-30 selepas mengasari Jordi Alba.

Suarez menanduk masuk bola hantaran Alba pada minit ke-15 untuk gol pertama Barca dan bekas rakan sepasukan di Liverpool, Coutinho menjaringk­an gol kedua pada minit ke-28 hasil kuisan ke belakang menggunaka­n tumit dari jarak dekat selepas mendapat hantaran Ousmane Dembele.

Malaga pasukan terakhir menewaskan Barcelona dalam aksi liga April tahun lalu, memperoleh dua peluang pada separuh masa pertama tetapi gagal menguji penjaga gol pelawat Marc-Andre ter Stegen.

Messi akan kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Chelsea awal pagi Khamis ini tetapi kapten Andres Iniesta masih belum pulih daripada kecederaan hamstring.

“Leo pemain terbaik dunia dan kami amat memerlukan­nya. Tahniah kepadanya dan harap dapat kembali beraksi untuk perlawanan seterusnya,” kata Coutinho.

“Kami akui sukar bermain di sini tapi berjaya mendapatka­n gol awal dan kemudian berjaya mengawal permainan.”

Barca belum tewas dalam liga dengan 72 mata, 11 mata di depan Atletico Madrid. Real di tempat ketiga dengan 57 mata selepas menewaskan Eibar hasil dua jaringan Cristiano Ronaldo. Penyerang berbisa Portugal itu menembusi gawang lawan pada minit ke-34 dengan rembatan deras selepas menerima hantaran jauh Luka Modric. Ivan Ramis merapatkan kedudukan buat Eibar melalui tandukan hasil sepakan sudut pada minit ke-50.

Namun Ronaldo menjadi pemusnah tuan rumah pada minit ke-84 apabila tandukanny­a gagal diselamatk­an penjaga gol.

 Gol Suarez, Coutinho bantu kelab Catalan benam Malaga walaupun beraksi tanpa Messi

 ??  ?? COUTINHO (kanan) gegar gawang Malaga
pada minit ke-28.
COUTINHO (kanan) gegar gawang Malaga pada minit ke-28.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia