Harian Metro

West Ham siasat insiden kekacauan babit penonton

-

London: West Ham United menjalanka­n siasatan terhadap insiden kekacauan penonton yang menyaksika­n tuan rumah tewas 0-3 di tangan Burnley, malam kelmarin.

Jurucakap kelab itu menyebut insiden beberapa penyokong membolosi kawalan keselamata­n dengan menceroboh padang ketika perlawanan berlangsun­g memaksa kelab mengadakan mesyuarat tergempar dengan pemegang saham Stadium London.

“West Ham United akan menjalanka­n siasatan penuh terhadap insiden yang mencemari babak kedua perlawanan hari ini (semalam) dan kami komited mengambil tindakan sewajarnya,” menurut jurucakap itu.

Majoriti penyokong menujukkan kemarahan mereka terhadap pemilik bersama kelab, David Gold dan David Sullivan yang terpaksa meninggalk­an pentas VIP lebih awal demi keselamata­n.

Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris pula akan mendapatka­n penjelasan West Ham dan laporan pengadil. Menurut juracakap Liga Perdana, mereka juga mahu penjelasan West Ham yang kini hanya tiga mata di atas zon penyingkir­an.

“Adalah sangat penting kepada pemain yang beraksi di Liga Perdana bermain dengan selamat. Begitu juga penontonny­a,” ujar jurucakap itu.

Kekalahan itu adalah yang keempat dalam lima perlawanan terakhir anak buah David Moyes dan kapten Mark Noble yang menahan seorang daripada penceroboh sejurus selepas Ashley Barnes menjaringk­an gol pembukaan Burnley berkata, suasana di stadium ketika itu menakutkan.

“Setiap kali kami kalah, pengurusan mendapat kecaman. Hari ini penyokong sudah hilang sabar. Suasana amat bahaya kepada pemain dan penonton lain,” katanya. - Reuters

 ??  ?? PENONTON berang yang menceroboh padang ditenangka­n pegawai bertugas.
PENONTON berang yang menceroboh padang ditenangka­n pegawai bertugas.
 ??  ?? PENYOKONG West Ham berang terhadap pemilik bersama kelab, Gold dan Sullivan.
PENYOKONG West Ham berang terhadap pemilik bersama kelab, Gold dan Sullivan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia