Harian Metro

Tak merasa...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Devinder Singh devinder@nst.com.my

 FMLLP potong terus duit geran tahunan 10 pasukan ikut jumlah denda yang dikenakan

Sepuluh pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman denda antara RM500,000 dan RM1.5 juta mungkin tidak sempat untuk menikmati kenaikan geran tahunan bakal diberikan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Rabu ini.

Ini kerana badan pengelola Liga-M itu bertindak memotong terus geran tahunan mengikut jumlah denda yang dikenakan ke atas pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, 10 pasukan yang didenda atas kesalahan gagal melengkapk­an pendaftara­n musim ini tidak akan menerima bayaran penuh geran tahunan.

“Duit geran tahunan akan diberikan kepada semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana Rabu ini, tapi pasukan yang didenda itu tidak akan mendapat bayaran penuh kerana kami akan potong terus mengikut jumlah denda dikenakan.

“Sebagai contoh, Selangor yang bermain dalam Liga Super, sepatutnya terima geran tahunan RM3 juta, tapi hanya akan menerima RM1.5 juta selepas kami tolak duit denda mereka. Bagaimanap­un, kami akan memulangka­n semula geran tahunan itu jika denda berkenaan dikurangka­n selepas rayuan dibuat.

“Rayuan semua pasukan terbabit akan diputuskan ahli lembaga pengarah FMLLP dan kami berharap dapat mengetahui keputusan itu sebelum Kongres FMLLP pada 25 Mac ini,” katanya.

FMLLP dengan peneraju baru Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjaya meningkatk­an nilai hak penyiaran serta penajaan syarikat luar, sekali gus membolehka­n geran tahunan pasukan Liga Super dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta, manakala pasukan Liga Perdana menerima RM1 juta berbanding RM500,000 musim lalu.

Namun, pasukan Liga Super yang bermasalah – Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur dan PKNS FC – hanya akan menerima separuh daripada jumlah geran itu, RM1.5 juta gara-gara hukuman dikenakan, baru-baru ini.

Enam pasukan Liga Perdana iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Marcerra Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC pula didenda RM500,000 dan sehubungan itu, hanya akan mempunyai baki RM500,000 daripada RM1 juta diperuntuk­kan.

Selain itu, pasukan terbabit turut dikenakan hukuman pemotongan tiga hingga enam mata, namun ditangguhk­an hingga 31 Disember depan.

Biarpun ada pihak menggesa supaya pasukan terbabit menarik diri kerana denda yang berat, Kevin berkata, pihaknya tidak akan berganjak dan tetap akan mengekalka­n keputusan yang dikenakan.

“Setakat ini tiada pasukan yang mengemukak­an secara rasmi untuk menarik diri. Jika tarik diri, mereka harus bertanggun­gjawab kepada pemain dan juga penyokong.

“Adalah tidak adil untuk menyekat pasukan bermasalah ini mendaftar pada awal musim ini kerana ada kesilapan yang dilakukan itu hanya berpunca daripada tindakan seorang, dua individu.

“Ada yang kata denda ini terlalu tinggi. Tapi sebelum ini apabila kami hanya memotong mata, pasukan tak kisah. Tapi bila kami kenakan denda tinggi, baru sekarang mereka sedar. Tanpa tindakan tegas sepeti ini, sikap mereka akan tetap sama,” jelasnya. keluarga kerana mendoakan saya,” katanya.

Jaringan Zaquan itu adalah yang pertama sejak kali terakhir meledak gol untuk Perak ketika menewaskan Selangor 1-0 pada 4 Mac, tahun lalu.

 ?? Zaquan Adha Radzak ?? KEVIN PALLARES (kiri) gegar gawang Kuala Lumpur. Saya selalu berasakan apabila pulih, saya mampu beraksi semula. Semangat saya tidak pernah luntur dan keyakinan saya sentiasa tinggi, terima kasih kepada keluarga kerana mendoakan saya”
Zaquan Adha Radzak KEVIN PALLARES (kiri) gegar gawang Kuala Lumpur. Saya selalu berasakan apabila pulih, saya mampu beraksi semula. Semangat saya tidak pernah luntur dan keyakinan saya sentiasa tinggi, terima kasih kepada keluarga kerana mendoakan saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia