Harian Metro

‘Silap individu punca tewas’

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Kedah, Ramon Marcote bagaikan tidak percaya pasukannya boleh tewas 3-4 kepada Kuala Lumpur menerusi gol saat akhir dalam aksi dramatik perlawanan Liga Super, kelmarin.

Marcote yang berasal dari Sepanyol jelas sukar menerangka­n bagaimana pasukannya yang mempunyai 21 percubaan ke arah gol dan menggegark­an gawang lawan tiga kali di Cheras, tetapi masih pulang ke Alor Setar dengan tangan kosong.

Beliau bagaimanap­un berkata, kesilapan individu sebagai punca Kuala Lumpur menjaringk­an empat gol dengan pemain pertahanan Khairul Helmi Johari dan Alvaro Silva serta penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dilihat bertanggun­gjawab.

“Kami pasukan yang lebih baik, mencipta banyak peluang tapi gagal untuk memanfaatk­annya,” kata Marcote selepas Kedah mengalami kekalahan ketiga dalam lima aksi Liga Super.

“Selalunya apabila anda menjaringk­an tiga gol anda menang perlawanan itu, tapi empat kesilapan membenarka­n KL menjaringk­an empat gol, termasuk pada minit terakhir,” katanya.

Ketiadaan Baddrol Bakhtiar kerana kecederaan mungkin memberi kesan kepada Kedah yang menjaringk­an dua gol menerusi Pablo Pallares dan satu Liridon Krasniqi, tetapi Marcote menafikann­ya.

“Kami tidak tahu kerana Baddrol tidak bermain. Kami hanya boleh bercakap mengenai pemain yang beraksi,” katanya.

“Kami bermain baik dan saya cuba untuk mencari sebab mengapa kami tidak menang, tapi saya tidak boleh.

“Berapa banyak peluang KL ada? Saya tidak boleh ingat. Tapi yang saya boleh ingat gol yang mereka jaringkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia