Harian Metro

Pelatih NFDP ambil peluang serap ilmu legenda United

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran pemain legenda Manchester United, Dwight Yorke, David May dan Denis Irwin di ibu negara dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pelatih Program Pembanguna­n Bolasepak Nasional (NFDP) untuk menimba ilmu, mendapatka­n kata-kata semangat serta panduan menjadi pemain hebat.

Yorke, May and Irwin yang mengikuti jelajah #ILOVEUNITE­D meluangkan masa dengan menghadiri klinik bola sepak anjuran Adidas Malaysia dan Manchester United di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Paling menarik perhatian adalah kesudian Yorke berkongsi liku-liku perjalanan kariernya dari Trinidad and Tobago untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l dan mewakili kelab gergasi Inggeris.

“Saya berusaha keras, saya berlatih dan tidak pernah berputus asa kerana saya sudah menetapkan sasaran untuk mencapai sesuatu ketika berusia 13, 15 dan 17 tahun. Sepanjang karier, saya sentiasa mahukan kejayaan,” kata bekas pemain berusia 46 tahun itu.

Selain berkongsi cerita mengenai inspirasi mereka untuk menjadi pemain bola sepak pada usia muda, trio itu juga menekankan mengenai kepentinga­n pendidikan, latihan dan impian besar.

“Pendidikan amat penting. Anda mengikuti sesi persekolah­an pada sebelah pagi dan bola sepak pada sebelah petang. Ia bagus jika anda dapat mengimbang­i kedua-dua ini dan di Malaysia, anda berada di akademi ini dan memiliki jurulatih terbaik dan pendidikan terbaik,” kata Irwin.

Sama seperti Irwin, May mengakui bukan hanya pendidikan sebaliknya impian besar turut menjadi faktor kejayaan.

“Perlu menyimpan impian besar kerana itu yang mendorong kejayaan. Saya mahu memenangi Piala FA ketika masih muda dan saya berjaya melakukann­ya di depan ribuan penyokong.

“Ia sesuatu yang menakjubka­n tapi kejayaan itu adalah hasil daripada diri saya sendiri, keinginan, latihan dan itu yang perlu dilakukan oleh pemain muda,” ujar May.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia