Harian Metro

Tragedi awal pagi

 Wanita maut kereta terbabas langgar pembahagi jalan

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

FAKTA

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa dalam perjalanan dari Luyang

ke Kolombong

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Lintas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu seorang diri menaiki kereta Toyota Corona berwarna putih, dalam perjalanan dari Luyang menuju ke Kolombong di sini.

Bagaimanap­un, sebaik kenderaan dipandu mangsa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandunya itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Berikutan perlanggar­an itu, wanita itu dipercayai tercampak keluar dari kenderaann­ya sekali gus mengakibat­kan kematian mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pasukan paramedik yang tiba ke tempat kemalangan mengesahka­n mangsa meninggal dunia sejurus kejadian. “Mayat mangsa dibawa ke unit forensik di Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Orang awam yang melihat kejadian ini diminta tampil memberi keterangan di balai polis trafik berhampira­n bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Chandra turut menasihatk­an orang awam lebih berhati-hati, selain memandu kenderaan masing-masing dengan berhemah di jalan raya.

“Perkara paling penting setiap kenderaan wajib kerap diselengga­ra, terutama membabitka­n perjalanan jauh bagi menjamin keselamata­n semasa pemanduan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa selepas kemalangan di Jalan Lintas, awal pagi semalam.
KEADAAN kereta mangsa selepas kemalangan di Jalan Lintas, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia