Harian Metro

Jangan sampai hilang warisan

- Norsyazwan­i Nasri news@nstp.com.my

Warisan kesenian dan kebudayaan tradisi membabitka­n pelbagai suku kaum serta sub-etnik di Sarawak, perlu sentiasa dipelihara agar tidak pupus ditelan arus kemodenan.

Malah, usaha pemelihara­an itu sangat penting kerana warisan berkenaan sebahagian daripada perlambang­an jati diri bangsa, selain berperanan penting untuk mempromosi­kan negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n utama.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri sentiasa komited membantu pelbagai inisiatif pemelihara­an itu termasuk menanam minat dalam kalangan generasi muda terhadap warisan berkenaan.

Justeru, beliau menyambut baik inisiatif Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak menganjurk­an Bengkel Gendang Melayu bagi menghidupk­an budaya berkenaan, selain memastikan­nya sentiasa malar segar.

“Era zaman digital yang serba maju meletakkan kita dalam dilema sama ada mencari peluang baharu atau meninggalk­an tradisi kita yang dianggap tidak relevan oleh sesetengah pihak.

“Hakikatnya kita menerima cabaran yang hebat apabila

 Era zaman digital cabaran besar usaha pelihara kesenian, budaya sub-etnik Sarawak

warisan tradisi kita diganti dengan kemaraan teknologi maklumat yang tidak dapat dibendung,” katanya ketika merasmikan bengkel berkenaan, kelmarin.

“Inilah cabaran paling getir kita terima apabila masa mereka banyak diisi dengan permainan video di laman Internet berbanding penyertaan dalam aktiviti bergendang, bermukun dan bertandak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia